Pernah mengerjakan umrah, Pelakon Lelaki Filem 9 Naga Mengaku Dia Kini Sudah Murtad

0

 



Pelakon popular Indonesia, Lukman Sardi yang pernah membintangi filem hits seperti 9 Naga, Berbagi Suami dan Laskar Pelangi, telah mengumumkan keputusan beliau untuk keluar daripada Islam dan memilih untuk memeluk agama Kristan sekaligus membuatkan pelakon itu murtad.

Pengakuan tersebut telah menjadi viral apabila ia dapat ditonton di saluran YoTube sejak dimuat naik bermula pada 24 Mei lalu. Aktor berusia 43 tahun itu memberitahu hal tersebut semasa upacara ulang tahun di Gereja Bethel Indonesia (GBI) Ecclesia.


Keputusannya itu tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuklah isterinya, Pricillia Pullunggono yang beragama Kristian. Ia adalah simpulan pencarian rohani yang berlangsung selama beberapa tahun. Beliau juga tersentuh dengan pengorbanan Jesus di mana beliau mengorbankan diri untuk “umatnya”.


Malah, Lukman yang juga merupakan anak kepada lagenda biola Indonesia, Allahyarham Idris Sardi telah meluahkan hasrat beliau untuk menukar agama kepada arwah bapanya semasa beliau masih hidup.


Saya memilih untuk ‘percaya’ sekitar enam tahun yang lalu. Ayah adalah orang yang paling kecewa kerana dia adalah seorang yang alim. Pesannya kepada saya supaya bertanggungjawab dengan pilihan sendiri.


Berikut adalah video ketika Lukman Sardi mengumumkan beliau sudah pindah agama:-

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top