Fazley atau nama sebenarnya, Dato’ Ahmad Fazley Yaakob, 46, memberitahu dia tidak tersinggung dengan penularan kisah yang tidak sahih.
Dalam pada itu, dia juga menyifatkan hantaran tersebut sebagai jenaka yang tak masuk akal.
Hal ini demikian kerana isterinya sudah 13 kali mengalami keguguran serta mempunyai empat orang anak.
“Azrene pernah keguguran 13 kali dan anak saya empat orang sekarang ni.
“Kenyataan itu kelakar sebenarnya. Semasa saya umumkan hari penceraian saya, ramai yang menghantar DM mengenai perkara ini.
“Tapi jujur saya katakan, ia langsung tidak membuatkan saya terasa hati… malah saya tergelak… sebab kelakar,”katanya.
Kongsinya lagi, individu yang menyebar dakwaan tidak sahih itu berkemungkinan tidak mengetahui dia merupakan duta klinik kesihatan lelaki.
Bukan itu sahaja, bekas isterinya juga pernah mengalami keguguran sebanyak 13 kali, selain turut dikurniakan empat orang anak.
“Mana tak sihatnya?
“Jadi, perkongsian kenyataan media sosial yang mengatakan saya bercerai sebab alat sulit tidak befungsi itu langsung tak betul.
“Saya hanya boleh tergelak bila ramai yang DM saya bagitahu perkara ini,”katanya lagi.
Hari ini, sebuah akaun TikTok berkongsi rakaman suara dipercayai milik Fazley Yaakob dengan tajuk bertulis ‘Alat Sulit Datuk Fazley Terkulai… Punca Isterinya Minta Cerai.’
Sumber : OMM