Ruhainies Terkejut Nama Dipetik Cuba ‘Sondol’ BF Artis Thailand, Dakwa E-mel Layang Sengaja Mahu Tutup ‘Periuk Nasi’

awakk
0

 


Pelakon Ruhainies akui terkejut apabila namanya tiba-tiba dipetik berhubung berita seorang selebriti tempatan didakwa cuba memikat teman lelaki kepada aktres Thailand, Bow Maylada iaitu Alek Teeradetch yang juga seorang aktor.


Katanya, dia tahu berita tersebut tercetus selepas sebuah portal menerima satu e-mel layang yang dikirim pihak tidak kenali didakwa cuba memburukkan namanya.


Berita itu timbul selepas sebuah portal terima satu e-mel layang daripada ‘anonymous’ dan saya tidak rasa e-mel itu dikirim sendiri oleh pelakon wanita dan lelaki Thailand itu.

Mustahil juga mereka tahu e-mel portal tempatan kan. Mereka pula artis terkenal, tiada masa nak buat begitu.

Memang saya dan dua pelakon itu ada pergi ke Kazakhstan bersama beberapa lagi individu, namun itu atas urusan kerja. Saya kenal mereka pun di sana dan tidak lebih daripada kenalan biasa.

 

Dalam pada itu, Ruhainies mendedahkan e-mel layang sedemikian sudah beberapa kali berlaku sejak Mac lalu yang didakwa sengaja dilakukan pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan mahu menutup periuk nasinya.

Sebenarnya e-mel sebegitu yang cuba jatuhkan saya bukan sekali dua berlaku, tetapi sudah banyak kali. Pihak itu juga sengaja buat cerita tidak benar dan e-mel kepada brand-brand yang saya kerjasama supaya nama saya jadi buruk. Mahu takut-takutkan brand.

Saya rasa ada pihak yang dibayar buat demikian dan saya tahu siapa yang buat, sebab boleh semak IT e-mel itu. Apa-apa pun perkara ini masih dalam siasatan. Kes e-mel layang yang mahu jatuhkan nama saya ini berlaku sejak Mac lalu.

Bagaimanapun, pelakon drama Terjerat itu percaya setiap rezeki sudah diaturkan Allah meskipun ada pihak yang berniat tidak baik mahu menjatuhkannya.

Apa pun saya percaya rezeki datang dari Allah. Seberapa banyak pihak ‘anonymous’ itu cuba jatuhkan saya, kalau rezeki Allah sudah tertulis, tiada yang dapat halang.

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top