Pelanggan Bawa Anjing Duduk Atas Kerusi, Restoran Mamak Diarah Tutup Sementara

0

 


Tular gambar di media sosial selepas dua individu dilihat membawa anjing ke dalam sebuah restoran


Susulan itu, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mengarahkan sebuah restoran mamak di Bandar Cemerlang, Ulu Tiram di sini ditutup sementara.


Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, tindakan itu diambil bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dilakukan.


Katanya pemilik restoran telah membuat laporan polis di Balai Polis Ulu Tiram menafikan dakwaan bahawa restoran itu membenarkan pelanggan membawa haiwan peliharaan.


"Kes ini telah dirujuk kepada pihak MBJB dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan satu notis penutupan restoran dikeluarkan bagi kerja-kerja pembersihan dibuat," katanya.


Terdahulu, tular gambar di media sosial dua individu sedang menikmati makanan di restoran 24 jam itu pada waktu malam.


Malah, turut kelihatan dua ekor anjing dipercayai haiwan peliharaan mereka sedang duduk di atas kerusi disediakan restoran berkenaan.

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top