Jeslina Hashim Bakal Berkahwin Dengan Kerabat Diraja Dalam Masa Terdekat

0

 


Penyanyi Jeslina Hashim akhirnya memaklumkan akan melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan hatinya, Tunku Eddy Nasruan Adil yang merupakan kerabat Negeri Sembilan dalam beberapa hari lagi.


Memetik Astro Gempak, Jeslina atau nama sebenarnya Nor Jeslina Hashim binti Khairuddin Mohamed Hashim, 46, ketika ditemui Gempak turut berkongsi keterujaan dan memberitahu segala persiapan menjelang hari perkahwinannya itu sudah siap sepenuhnya dan hanya menghitung hari sahaja.


“InsyaAllah, soon, one day. Persiapan semua dah siap, tunggu hari saja. Boleh kira dengan tangan,” kata Jeslina secara ringkas.

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top