Isteri Disangka Hilang Bersama Tiga Orang Anak Rupanya Bersekongkol Dengan Teman Lelaki

awakk
0

 



Seorang wanita yang disangka hilang bersama tiga anak ketika dalam perjalanan pulang ke kampung rupanya bersekongkol dengan teman lelaki untuk mengugut suami sendiri menyerahkan wang sebanyak RM2,000.

"Sebelum itu pada Khamis lalu, mangsa menghantar isterinya yang berusia lingkungan 30-an bersama tiga anaknya ke perhentian bas di Kampung Sepakat Jaya, Pekan Nanas untuk pulang ke kampung di Kota Tinggi.

"Bagaimanapun isterinya gagal dihubungi selepas itu. Ibu mentua yang dihubungi pula memberitahu isteri dan anak-anaknya tidak ada di Kota Tinggi.

"Keesokannya mangsa menerima ugutan melalui WhatsApp daripada nombor yang tidak dikenali meminta sejumlah wang sekiranya mahu isteri dan anaknya pulang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum itu, tular di media sosial, hebahan suami meminta bantuan orang ramai mengesan ibu dan tiga anak yang didakwa tidak sampai ke kampung halaman di Kota Tinggi dengan menaiki bas.


Dalam satu serbuan lain, teman lelakinya juga telah ditahan di sebuah rumah di Kluang dan ujian saringan air kencing kedua-dua suspek didapati negatif dan mereka ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 358 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.
Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top