Dua orang awam dikejarkan ke hospital selepas kereta jatuh dalam tanah jerlus

0

 



Dua orang cedera parah selepas sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang mereka naiki terjatuh ke dalam tanah jerlus di Seoul, Korea Selatan, lapor portal berita MSNews hari ini.


Gambar-gambar kejadian menunjukkan SUV putih itu dalam keadaan senget dengan hanya sebahagian daripada kenderaan tersebut yang kelihatan.


Kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 11.26 pagi (waktu tempatan) hari ini.


Dua individu yang cedera ialah pemandu lelaki berusia 82 tahun dan penumpang wanita berumur 76 tahun.


Menurut agensi berita Yonhap, anggota-anggota bomba melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) ke atas mangsa wanita selepas menyelamatkannya.


Mereka kemudian menghantar kedua-dua mangsa ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan lanjut.


Pihak berkuasa kemudian mengepung kawasan itu dan sedang dalam proses membaiki jalan.


Menurut laman berita KBS News, lubang benam itu berukuran 6 meter lebar, 4 meter panjang dan 2.5 meter dalam.


Pihak berkuasa akan melakukan siasatan bagi mengetahui punca kejadian. – AGENSI 




Sumber – KOSMO

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top