Dicekik, Dipukul & Ditumbuk! Gadis Kongsi Pengalaman ‘Hubungan Narsistik’ Dengan Teman Lelaki, Teruk Didera Berkali-Kali

awakk
0

 



Seorang gadis berkongsi episod hitam dilaluinya menjalinkan ‘hubungan narsistik’ bersama teman lelakinya, Justin.

Menerusi Instagram, Natalie berkata dia tidak merancang untuk tularkan kisah itu namun berubah fikiran selepas keadaan menjadi sangat buruk pada 3 Ogos lalu.


Dia mula cekik saya berkali-kali, tarik rambut, tolak dan tampar saya. Penderaan itu berlaku kira-kira satu jam. Saya kemudian dapat peluang untuk lari kerana merasakan saya tidak selamat (di situ).


Dia keluar dari kereta dan menengking saya kerana beredar (dari rumahnya). Dia mula menendang kereta dan pecahkan cermin untuk membuka pintu. Insiden ini berlaku jam 5 pagi.

 

Dia buka pintu kereta dan menendang saya, menarik rambut dan menumbuk telinga kanan, rahang, kepala dan mencekik serta menarik baju saya.


Kata Natalie, sepanjang mereka bersama Justin telah berlaku curang dan didera beberapa kali. Perkongsian itu bertujuan agar dapat memberi kesedaran supaya wanita lain lebih berwaspada.

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top