Dapat ‘order besar’, ibu tinggalkan anak di ICU beli barang buat kuih! Teruja bertukar duka, pelanggan batal tempahan

awakk
0

 



Menerusi akaun TikTok, ibu tunggal ini menyatakan bahawa luahan itu dibuat bagi menzahirkan kekecewaannya dengan sikap lepas tangan pelanggan terbabit.


"Saya tahu dia baca posting saya, cuma nak cakap... janganlah sampai block (nombor telefon) saya.


"Saya tahu dah tak ada rezeki di situ, tapi jangan buat saya macam pengemis. Saya ibu tunggal yang berjuang untuk anak-anak," luahnya sayu.


Berdasarkan tangkap layar perbualan yang dikongsikannya, pelanggan terbabit telah membuat tempahan sebanyak 15 balang kuih rose.


Dia kemudiannya membatalkan tempahan yang dibuat tanpa memberikan sebarang alasan.


Peniaga itu berkata, dia telah mengeluarkan modal bagi membeli barang-barang keperluan untuk membuat kuih yang ditempah.


"Kak, saya dah beli barang-barang nak buat kuih akak. Tiba-tiba akak batal tempahan macam ni.


"Sekarang macam mana saya nak cari balik modal tu kak," ajunya kepada pelanggan terbabit.


Dia yang berharap pelanggan terbabit bertukar fikiran, bagaimanapun menerima jawapan mengejutkan.


Pelanggan terbabit menyalahkannya kerana tidak mempunyai wang bagi membuat modal pusingan dan mengharapkan produk dibeli semata-mata.


Meskipun sedih dengan kata-kata tersebut, wanita ini tetap merayu kepada pelanggannya supaya tidak membatalkan tempahan yang dibuat.


Malah dia menceritakan situasi yang dialami supaya pelanggannya dapat berubah fikiran.


"Akak pun tahu saya jual kuih sebab nak cukupkan duit sewa rumah dan untuk belanja anak dalam ICU (unit rawatan rapi).


"Saya terkejar-kejar tinggal anak dalam wad sebab nak beli barang-barang (tempahan) akak. Bayar tambang Grab lagi untuk membeli barang," rayunya lagi.


Luahannya itu mendapat perhatian warga maya dengan kebanyakannya bersimpati dengan nasib yang dialami.

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top