Budak dua tahun maut jatuh di rumah pengasuh

awakk
0

 


 Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia pada Selasa ketika menerima rawatan akibat terjatuh di lantai rumah pengasuhnya di Taman Cempaka di sini.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, laporan kejadian itu diterima sekitar jam 7.20 malam daripada ayah mangsa pada Isnin lalu.

"Mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri selepas terjatuh dan dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk pemeriksaan lanjut.

"Pada Selasa sekitar jam 11.10 malam, pihak polis telah dimaklumkan oleh pegawai perubatan pediatrik bahawa mangsa telah meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Menurut beliau, hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan kepala akibat trauma tumpul.

"Siasatan masih diteruskan dengan merakam keterangan percakapan saksi-saksi yang terlibat.

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top