Bersalin Kembar Tiga, Ibu Muda Terkilan Mentua Minta Serah Anak Seorang Dekat Kakak Ipar

0

 



Wanita itu berkata, dia baru sahaja melahirkan anak kembar tiga pada bulan lepas, manakala kakak iparnya sudah tiga tahun menantikan cahaya mata pertama.


Malah, wanita itu turut berkongsi bahawa ibu mentua mengatakan 'tidak luak' pun seandainya dia menyerahkan seorang daripada anak kembar itu kepada kakak ipar.


Mendengar cadangan supaya menyerahkan darah daging sendiri untuk dibesarkan orang lain ternyata mengguris hatinya.


Lebih-lebih, dia sudah mengusung perut dan menahan sakit selama sembilan bulan, serta bertarung nyawa melahirkan cahaya mata itu.


Tidak cukup dengan itu, ibu mentua turut meminta suaminya memujuk dia supaya bersetuju dengan cadangan tersebut.


Walau bagaimanapun, dia bersyukur kerana suami berada di sisinya dan turut tidak bersetuju dengan cadangan ibu sendiri.


Malangnya, tindakan si suami mengundang kemarahan keluarga mentua sehingga digelar sebagai anak derhaka, anak tidak mengenang budi dan sebagainya.


Sementara itu, wanita berkenaan berkata dia tidak tahu sama ada kakak iparnya terlibat dalam membuat saranan tersebut atau ia hadir dari mulut ibu mentuanya semata-mata.


“Kalau nak menumpang kasih anak, boleh datang rumah bila-bila masa dia nak. Tak perlu nak main ambil anak orang seperti anak kucing,” kata wanita itu lagi.

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top