36 individu termasuk penjawat awam dan pelajar universiti awam ditangkap terlibat aktiviti swinger

0

 


 Penjawat awam dan pelajar universiti awam (UA) antara 36 ditahan kerana disyaki terbabit aktiviti persundalan seks bebas dengan bertukar pasangan atau 'swinger' yang dipromosi secara dalam talian.


Semua mereka ditahan dalam dua serbuan berasingan di ibu negara dan Puchong, Selangor pada Ahad dan Selasa lalu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).


Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Bukit Aman, Deputi Komisioner Fadil Marsus, berkata serbuan dilakukan susulan risikan sejak Jun lalu dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).


Beliau berkata, dua daripada 36 individu yang ditahan adalah pemilik laman sesawang 'Swing That Fun' yang dikesan mempromosi kegiatan persundalan secara dalam talian dan mampu meraih 147,000 pelanggan atau 'subscriber'.

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top