Menerusi Tiktok Mingguan Wanita, ibu kepada mangsa, Hawa Osman meluahkan rasa kecewa terhadap enam orang pelaku yang didakwa penyebab kematian anaknya.
Bukan tu jer, ibu kepada arwah Zulfarhan itu berkata kematian mangsa telah memberi kesan terhadap anak-anaknya yang lain.
Saya rasa daripada dulu sepatutnya pembuli-pembuli ini dihukum gantung. 18 tahun itu tidak setimpal dengan penderitaan yang kami sekeluarga tanggung.
Adik-adiknya terganggu dari segi mental dan fizikal.
Keputusan tempoh hari membawa ketenangan kepada diri saya tapi saya mahukan mereka berenam dijatuhkan hukuman mati baru hidup saya tenang.
Hawa juga tidak boleh menerima tindakan mereka yang tergamak menekap seterika di kemaluan mangsa. Allahu..
Tekap seterika di kemaluan arwah, itu yang saya tak boleh terima. Dekat anggota tubuh yang lain tak apa tapi bila kemaluan..ia seolah-olah seperti nyawa seseorang.
Ibu arwah Zulfarhan juga meluahkan rasa terkilan selepas melihat jenazah anaknya yang ada banyak kecederaan.
Dia seorang yang pembersih, kalau dia nak balik ke sana (universiti) mesti dia gunting rambut, cukur misai dan janggut.
Tapi bila meninggal, dia kelihatan tak terurus. Itu yang membuatkan saya sangat sedih.
Bila di mahkamah semalam kami dapat tahu dekat kepala dia pun ada pendarahan dan dekat mata pun lebam.
Masa saya tengok jenazah, yang saya hanya nampak hanya kesan parut luka di kening.
Ya Allah ya tuhanku, masa aku lahirkan anak aku dia dalam keadaan sempurna.
Sumber : OHMEDIA