Kemelut dalam rumah tangga antara Virgoun dan isterinya, Inara Rusli, dijangka akan mencapai titik akhir dengan perpisahan apabila diberitakan bahawa penyanyi berkenaan berhasrat untuk menuntut perceraian.
Isu ini telah didedahkan oleh sahabat rapat Virgoun, Ustaz Derry Sulaiman, yang memaklumkan bahawa kes permasalahan rumah tangga mereka akan dikendalikan oleh pihak berkuasa pengadilan.
"Virgoun mahu perkara ini diuruskan oleh pejabat agama. Saya tidak pasti dari sudut hukum mereka sudah bercerai atau tidak. Namun boleh dikatakan kini mereka masih suami isteri.
"Saya masih berharap mereka akan berbaik. Kesian kepada anak-anak," jelasnya.
Tambahnya Virgoun juga masih belum pulang ke rumah selepas konflik perkahwinan mereka mula menjadi perhatian ramai.
Kata Derry, sebelum ini Inara membongkarkan sikap curang suaminya itu hanya dengan niat untuk memalukan wanita bernama Tenri Anisa yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan Virgoun.
"Apa yang saya tahu, di pihak Inara dia ingin mempertahankan rumah tangganya. Inara masih menunggu Virgoun pulang dan mereka kembali berbaik," ujar.
Inara sebelum ini mendedahkan sikap buruk suaminya termasuk berlaku curang dengan selain memiliki fantasi seks tersendiri.
Virgoun juga didakwa pernah meminta isterinya untuk melakukan hubungan intim ketika mereka berpuasa.
Sumber :mStar Online