PENCURI DIKEHENDAKI POLIS.

0

 



Pencuri ni bukan setakat curi duit, curi barang kemas, curi suami orang sekali sampai bercerai anak bini. Ini kisah macam mana dia curi duit adik Farah Hanim Alias saya sampai licin.

Kronologi kes bagaimana adik saya ni boleh hilang semua duit saving.

3 hari sebelum puasa, si pencuri nama Humairah ni datang ke rumah adik saya, dah sampai kat lobby bawah dia call katanya tak ada tempat nak tuju. Dia cuti. Waktu tu si Humairah bekerja di Genting.

Jadi adik saya benarkan dia naik ke rumah dan tinggal bersama. Dan mereka sambut hari pertama puasa bersama.

Pada 23hb March 2023, mereka berdua keluar ke LuluHypermarket KL untuk beli barang dapur. Sebelum keluar, si Humairah pinjam beg tangan adik saya. Which is normal practice untuk perempuan pinjam handbag ni semua.

Jadi adik saya hanya bawa purse untuk ke hypermarket. Jadi bila sampai kaunter nak bayar, adik saya bayar menggunakan debit card, lepas tu debit card tu dia letak balik dalam purse. Kemudian dia minta tolong Humairah untuk pegang purse tersebut sebab nak angkat barang. Si Humairah pula letak purse itu dalam handbag yang dipinjam dan dorang pun balik lah rumah.

Lebih kurang jam 5 petang hari yang sama, waktu adik saya sibuk memasak juadah berbuka. Pencuri ni mintak kebenaran katanya nak pergi ke Sunway Putra Mall, ( bersebelah dengan rumah adik saya ). Alasannya nak beli air.

Tapi, waktu keluar dia bawa sekali handbag yang dipinjam tu, Adik saya waktu tu sibuk memasak untuk berbuka memang tak ingat langsung pasal purse dia semua. Alasan Humairah kononnya nak pergi beli air. Tapiiiiii.. bukan pergi beli air. Dia pergi atm CIMB Sunway Putra Mall dan withdraw duit dari account adik saya berjumlah RM 5000.

Macam mana pencuri ni boleh tahu no pin? 1- waktu adik saya bayar groceries di LuluHypermarket. 2- Dia teka dari kombinasi no ic adik saya.

So dah dapat duit riban2, dia balik berbuka macam biasa dengan muka tak bersalah.

Malam pada hari yang sama, 23 April tu. Dia minta izin sekali lagi dengan adik saya untuk keluar moreh katanya…

Dia pulang ke rumah lewat malam, terus makan2 dan tak bangaun sahur. Pagi esok pada 24hb March, dia kata nak balik ke Genting sebab nak kerja dah. Waktu ni dia pulangkan balik handbag yang dipinjam, tetapi card atm dia curi ambik. Tinggal card2 lain dan ic sahaja dalam purse tu.

Sebelum balik ke Genting, dia pergi ke Berjaya Times Square, dan disitu dia keluarkan duit RM 3000 di ATM BSN lebih kurang jam 1.51pm. Menurut record bank.

Masa on the way balik ke Genting, dia singgah di Public Bank Jalan Gombak dan withdraw lagi RM 2000 jam 11:00 pm. Maka licinlah lah duit dalam account saving adik saya.

26 March baru lah adik saya sedar duit dalam accountnya tinggal berapa ratus lepas dia cuba check payment dari customer. Dan betina sial ni jugak sempat jugak kebas duit contest yang adik saya buat live almost 1k. Duit tu ada dalam handbag admin adik saya, dan pada 23hb tu admin adik saya ada kt rumah. Tapi since kami tak ada bukti dia ambik, kami tak masukkn dalam report. Yang kami focuskan adalah duit dia withdraw dari account.

Jadi 26 Hb kami dah balai Dang Wangi untuk buat laporan polis. Dan pada 31 hb March adik saya bersama pegawai polis telah ke Public Bank Jalan Gombak untuk lihat rakaman cctv dan memang terang lagi bersuluh spotlight stadium memang muka betina lah*n@t ni yang curi keluarkan duit tu.

Sampai sekarang, 12Hb April ketika saya tulis posting ni, masih tak jumpa kat mana betina ni. Dan betina ni bukan sekali dia mencuri, habis barang kemas ahli keluarga pun dia curi jugak sebelum ni.

Saya mohon jasa baik semua, tolonglah share posting ni sebanyak mungkin dan kesemua group. Dan sesiapa yang dapat jumpa Humaira ni pegang dia dan serah dia ke balai polis terdekat. Kami dah habis daya mencari, ini cara terakhir kami untuk dapatkan dia. Gambar2 dia ada kat bawah.

Saya tinggal no whatsapp saya di bawah untuk anda bagi maklumat.

Ariez - 018 90004 30

Farah - 018 9514 282

Please tolong share sampai dapat betina ni, kita kasi dia beraya dalam jel tahun ni.

- saya sertakan video yg dia pernah kena viral kt tiktok kes rampas suami orang. And ada sekali screenshot dia mengaku kata nak bayar balik duit tu.

#carisampaijumpa #mintakshare

Cc- Abdul Halim


Sumber :Majalah Utusan

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top