Muhammad Herdi Fitriansyah, seorang anggota tentera yang berusia 20 tahun, dikhabarkan meninggal dunia pada 14 April yang lalu dengan disyaki membunuh diri di pusat latihan ketenteraan.
Namun, keluarga Herdi tidak mempercayai kematian itu adalah disebabkan pemuda itu bunuh diri, malahan menimbulkan syak wasangka atas kebenaran fakta yang diberikan.
Sedikit kesan jeratan tali pada leher Herdi pada ketika kejadian menjadi tanda tanya buat keluarganya. Mereka bertanya-tanya apakah betul Herdi melakukan perbuatan bunuh diri?
Sebab itulah, keluarga membuka keranda Herdi dan menemui beberapa kesan lebam dan sebatan pada bahagian badannya, menimbulkan syak wasangka terhadap kematian tersebut.
Muhammad Herdi Fitriansyah, seorang anggota tentera berusia 20 tahun didakwa meninggal dunia akibat menggantung diri di pusat latihan ketenteraan. Namun, keluarga mendapati terdapat kejanggalan selepas membuka kerandanya dan menemui kesan lebam serta sebatan di bahagian badannya.
Sebelum ini, Herdi pernah mengadu mengalami tekanan emosi akibat ragging oleh seniornya di pusat latihan. Keluarga mendesak agar post mortem dilakukan untuk mengesahkan punca sebenar kematian Herdi.
Kini, tiga orang suspek telah ditahan untuk membantu siasatan. Hasil autopsi juga telah mengesahkan kejanggalan di sebalik kematian Herdi.
Keluarga berharap si pelaku akan dijatuhi hukuman penjara dan dilucutkan jawatan, bukan hanya dikenakan denda penundaan kenaikan pangkat.
Kita harus memberikan sokongan kepada keluarga Herdi dalam usaha mereka untuk mendapatkan keadilan bagi pemergian anak mereka yang mendadak.
Kredit : Portal Medan Tribunnews & TikTok Save Serda Herdi
Sumber artikel siakapkali