(VIDEO) Wak Doyok tegur penampilan 'buang tabiat' lagu raya Aliff Syukri

0

 



Datuk Aliff Syukri, usahawan kosmetik terkenal, sekali lagi menjadi bahan kecaman netizen apabila memuat naik video teaser lagu raya terbarunya.


Dalam video itu, Aliff memperlihatkan penampilannya dengan memakai baju Melayu berwarna biru yang ketat di bahagian kaki dan bersamping.


Di sebaliknya pula, beberapa penari lelaki yang berpakaian serupa dengannya menari dengan gaya yang menimbulkan kemarahan netizen.



Bukan sahaja netizen, ikon media sosial dan pelakon iaitu Wak Doyok turut memberi komen mengenai video tersebut.


Melalui komen beliau, Wak Doyok mengingatkan Aliff supaya berhati-hati agar tidak berulang peristiwa bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) yang pernah berlaku sebelum ini.


“Kau ni apa? Kau tinggal sini ke. Ingat datuk, peristiwa 2022 SKMM jangan diulang lagi,” tegurnya.




Sehingga kini komen itu telah menerima lebih 790 tanda suka dan ramai yang menyokong teguran Wak Doyok.


“Dia ni mana pernah serik, ada duit apa pun dia boleh buat wak, masuk telinga kanan keluar telinga kiri, ada masalah perhatian ni, kesian,” tulis seorang netizen.




“Setuju, pakai baju ketat gitu tak ada otak lah, nak buat lagu pun biarlah baju yang elok sikit. Ni pakai baju macam tu buat malu bangsa je,” komen seorang lagi.


Tahun lalu, Aliff dipanggil oleh SKMM selepas muzik video raya "Kelepak Kelepuk Raya" yang menampilkan penari lelaki berwajah lembut dan berperwatakan feminin menarikan tarian kontroversial yang dianggap tidak menghormati raya menjadi bahan kecaman netizen.


Sumber : Gempak

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top