(VIDEO) Saya elak guna instagram, hormati bulan ramadan, kata Kazar Saisi

0

 



Sempat ditemu bual mStar Online, Kazar berkata Ramadan tahun ini mengajarnya menjadi seorang yang lebih penyabar. 


Beliau juga mengambil peluang untuk menjauhi media sosial dan menumpukan kepada penambahbaikan diri.


Menurut Kazar lagi, Ramadan tahun ini juga dia menggelakkan dari daripada menggunakan media sosial seperti Instagram kerana ingin menghormati bulan suci ini. 




"Ramadan ini saya banyak bersabar. Akhir-akhir ni banyak bersabar dan terbukti sabar banyak ganjarannya," katanya.


Dalam pada itu, Kazar tutur berkongsikan dia turut terkenangkan serta merindukan pengarah terkenal, Allahyarham Mamat Khalid pada Ramadan tahun ini. 




Beliau mengenang karya-karya arwah yang masih segar dalam ingatan ramai seperti Kampung Pisang, 16 Puasa, 17 Puasa. 


"Yang paling saya rindu pada bulan Ramadhan ini sewaktu bekerja dengan arwah Mamat Khalid sebab dia banyak hasilkan karya yang sukar untuk dilupakan oleh semua orang," katanya.



Sumber :mStar Online

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top