(VIDEO) Ibu bawa anak ke balai polis kerana enggan ke sekolah tarik perhatian jutaan netizen

0

 



Seorang ibu nekad membawa anaknya ke balai polis yang terletak di sebuah daerah di Sarawak, dengan alasan bahawa kanak-kanak itu perlu ditahan oleh pihak berkuasa, kerana tidak mahu menghadiri sesi persekolahan.


Bukan setakat itu, malah anggota polis yang bertugas di balai tersebut juga turut serta dalam lakonan ibu tersebut, dengan berpura-pura ingin menangkap dan menahan kanak-kanak itu sekiranya dia masih degil dan tidak mahu pergi ke sekolah.

@abellascentzhq

Aydeen²...gara² ngai sekula viral 😅

♬ original sound - ABELLA SCENTZ

Kejadian itu telah dirakam dalam sebuah video selama dua minit yang dikongsi oleh seorang pengguna Tiktok bernama 'abellascentzhq', yang menunjukkan kanak-kanak lelaki berpakaian seragam pra-sekolah sedang ditanya oleh seorang anggota polis di balai tersebut.


Kanak-kanak itu kelihatan ketakutan dan hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala apabila ditanya sama ada dia bersetuju untuk dibawa ke dalam lokap balai polis tersebut.



Ibu kanak-kanak itu pula cuba meyakinkan anaknya bahawa dia akan ditangkap dan dipenjarakan jika dia terus menolak untuk ke sekolah.


Video tersebut telah menarik perhatian netizen yang terhibur dengan tindakan ibu dan anggota polis tersebut yang cuba memberi motivasi kepada kanak-kanak itu agar tidak berasa takut atau malas untuk ke sekolah.




Video tersebut telah mendapat 957,000 tontonan dengan lebih 2,000 komen daripada pengguna Tiktok.


Ia juga telah dikongsi sebanyak lebih 7,000 kali di platform media sosial tersebut.


Artikel asal : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top