Saya simpan janggut sebab rasa diri semakin cantik

0

 



Wanita AS bersyukur dengan janggutnya selepas 16 tahun mencukurnya


Seorang wanita AS kini bangga dengan janggutnya yang tumbuh lebat di wajahnya selepas dia terpaksa mencukurnya setiap hari selama 16 tahun, menurut laporan akhbar Daily Star.


Coral Sanchez, 29, mula mengalami perubahan pada wajahnya sejak berusia sembilan tahun dan bermula dari usia 12 tahun, dia mencukur wajahnya setiap pagi untuk mengelakkan diri daripada dihina dan diganggu.




Dia meluangkan masa bertahun-tahun untuk menutup janggutnya dan juga menyimpan rahsia itu daripada bekas teman lelakinya yang berhubungan selama empat tahun.


Janggut Sanchez disebabkan oleh keadaan perubatan yang dikenali sebagai hirsutisme. Walaupun dicukur pada waktu pagi, ia akan tumbuh balik pada waktu petang pada hari yang sama.


Selepas menjadi tunawisma pada usia 26 tahun, Sanchez tidak dapat mencukur wajahnya setiap hari dan mula mempertikaikan kenapa dia perlu membuang janggut.




Pasangan barunya, Illias Clark, 25, memberi sokongan dan meyakinkannya bahawa dia cantik dan janggut itu adalah sebahagian daripada dirinya.


Sanchez akhirnya meninggalkan pisau cukur pada Mac 2022 dan janggutnya yang dibiarkan tumbuh selama setahun kini panjangnya 10 sentimeter.


"Saya sangat terkejut dengan rasa suka saya terhadapnya. Ia seolah-olah sesuai dengan wajah saya," katanya. - Agensi

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top