Saya ada bukti bergambar wujud pihak ketiga, akan dedah di mahkamah, kata Farid Kamil

0

 


PENGARAH dan pelakon Farid Kamil menegaskan dia mempunyai bukti atas dakwaan wujud orang ketiga dalam kemelut rumah tangganya bersama Diana Danielle.


Farid atau Farid Kamil Zahari, 42, bagaimanapun berkata, dia tidak boleh mendedahkan bukti itu kepada umum sebaliknya akan berbuat demikian di mahkamah kelak.


"Untuk pengetahuan semua, saya ada bukti gambar. Saya tak boleh tunjuk sekarang. Saya kena tunjuk di mahkamah.


"Hal peribadi saya, isteri dan anak-anak saya tak mahu kongsi yang hanya akan menaikkan persepsi yang boleh mengaibkan mereka," katanya kepada mStar.


Farid mengulas mengenai dakwaan wujud kehadiran orang ketiga di antara dia dan Diana ketika sesi bertemu media di lokasi penggambaran filem Gold yang berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam pada petang Selasa.




Filem arahan Adrian Teh itu merupakan terbitan bersama Astro Shaw dan Act 2 Pictures.


Pasangan itu pada pagi Selasa hadir di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari bagi proses pelantikan wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.


Ketika bertemu pemberita di luar mahkamah, Farid mendakwa wujud orang ketiga yang mendorong Diana untuk memfailkan cerai terhadapnya pada awal Mac lalu.


Dalam pada itu, Farid berkata, di sebalik berdepan masalah rumah tangga, dia bersykur kerana perkembangan kerjaya seni berjalan baik sejak tahun lalu.


“Kerjaya dan peribadi berjalan seiringan. Ini semua rezeki Allah selepas saya diuji.


“Saya seimbangkan antara kisah peribadi dan kerjaya,” ujarnya.


Sumber : mStar Online

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top