Maaf ibu, tapi saya tak boleh ceraikan Puteri Sarah, kata Syamsul Yusof

0





 “Kemungkinan ibu mahu saya menceraikan isteri saya sekarang, tetapi saya tidak boleh berbuat begitu.”


Begitulah penjelasan pengarah filem terkenal, Syamsul Yusof yang menegaskan kepada ibunya bahawa dia tidak mampu menceraikan isteri sulungnya iaitu Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin.


Pengarah dan penerbit itu berkata, dia berasa kecewa dengan apa yang terjadi tetapi tidak putus asa dengan sikap ibunya yang menyokong isteri sulungnya.


Walaupun perkahwinan keduanya bersama Ira Kazar tidak diterima oleh ibunya, Syamsul menganggap perkara itu sebagai cabaran dalam hidupnya dan meminta maaf kepada ibunya, Datin Fatimah Ismail.




“Sebagai anak saya sedih tetapi tidak sakit hati dengan ibu saya. Walaubagaimanapun dia tetap ibu saya dan mungkin ini ujian bagi saya.


“Saya minta maaf kepada ibu. Saya tiada pilihan. Insya-Allah masa akan menentukan,” katanya pada sidang media khas, siang tadi.


Tambah pemilik nama lengkap Mohd. Syamsul Mohd. Yusof itu, jika Islam menetapkan syarat berkahwin adalah memberitahu kepada ibunya, maka dia akan berbuat demikian.


Namun, dia lebih memikirkan soal dirinya dan Tuhan menyebabkan dia bertindak berkahwin dengan Ira Kazar pada Januari lalu.




“Sekiranya agama kata meminta kebenaran ibu adalah rukun wajib berkahwin, ya saya akan berbuat begitu.


“Namun, saya memikirkan antara saya dan Tuhan. Apa yang patut saya buat,” jelasnya.


Semalam, Syamsul Yusof hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur mengemukakan nusyuz kepada Puteri Sarah.


Kemudian pada keesokan harinya, Puteri Sarah pula tampil di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengemukakan hadanah dan tidak memberikan maklumat lebih terperinci.


Sumber artikel : – KOSMO! ONLINE

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top