Diana Danielle Nafi Curang Seperti Yang Didakwa Suaminya

0

 


Diana Danielle, 32, menafikan dakwaan suami, Farid Kamil, 42, yang menuduhnya berlaku curang sehingga nekad untuk memfailkan perceraian.


Diana ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, hari ini, berkata, segala tuduhan yang dibuat Farid adalah fitnah semata-mata dan segala masalah yang berlaku berpunca daripada kesalahan suaminya.


"Itu semua fitnah. Masalah yang timbul adalah kesalahan dia 100 peratus. Kalau betul saya ada orang ketiga, kenapa dia nak belikan cincin kahwin saya? Kalau 'kantoi' kenapa nak bawa bunga?


"Bayangkan cincin yang dia nak bagi tadi sudah dia hilangkan selama lapan tahun, tapi baru hari ini dia nak beri semula cincin perkahwinan kami selepas lapan tahun," katanya.




Diana dan Farid hadir ke mahkamah di sini bagi memaklumkan kepada mahkamah mengenai pelantikan wakil dalam Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan konflik rumah tangga mereka, selepas Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.


Menurut Diana, kehadiran Farid membawa sebentuk cincin dan sejambak bunga bukan untuk menyelamatkan perkahwinan sebaliknya mahu menjaga maruahnya.


"Ya saya masih dengan keputusan untuk bercerai. Dia bukan cuba nak menyelamatkan rumah tangga (pemberian bunga dan cincin), tapi nak menyelamatkan air muka dia saja," katanya.



Mengulas mengenai kenyataan Farid yang sudah 23 hari tidak bertemu anak-anak, Diana memberitahu, puteri keduanya, Aurora, 8, kini berada dalam keadaan trauma.


"Aurora trauma," katanya yang enggan menjawab punca anaknya itu trauma.


Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top