Bagaikan Mimpi! Semalam pakai uniform sekolah, hari ini baju pengantin! Remaja cantik baharu habis SPM kini sudah jadi milik orang

0

 


Jika sudah ditakdirkan, segala-galanya akan berlaku. Kehidupan manusia diatur oleh Allah dan segala-galanya terjadi pada masa yang ditetapkan-Nya.


Hal yang sama berlaku untuk seorang gadis yang bertemu jodoh pada usia muda, dan kisah hidupnya menjadi viral di media sosial baru-baru ini.


Melalui satu hantaran yang disediakan oleh seorang perancang perkahwinan bernama @harryzulhairi, pengantin perempuan bernama Zetty Aziz, baru-baru ini melangsungkan perkahwinannya selepas menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) beberapa minggu yang lalu.



Kisah Zetty disunting pasangannya ini meraih hampir dua juta tontonan setelah disiarkan di aplikasi TikTok milik Harry Zulhairi.


"Semalam pergi sekolah, hari ni pergi kahwin," tulis perancangan perkahwinan itu di ruangan kapsyen.


Dalam video berdurasi kurang satu minit itu, pengantin perempuan Zetty Aziz dilihat memakai pakaian seragam sekolah sebelum berubah menjadi pakaian pengantin songket berwarna biru pada majlis pernikahan yang berlangsung pada 16 Mac yang lalu. 


Kehadiran seorang jurusolek bernama Nursyakila Wan Abdullah turut dikongsikan di Facebook selepas Zetty siap mendapat solekan. Majlis resepsi pula berlangsung di Kampung Semaloi, Endau, Johor, dua hari selepas majlis akad nikah iaitu pada 18 Mac lalu. 


Terdapat ucapan tahniah daripada warga net yang turut memberikan komen di TikTok, termasuk seorang pelayar yang mengatakan bahawa perkahwinan selepas SPM adalah sesuatu yang realistik.



Bukan itu sahaja, ada juga segelintir netizen yang 'mencemburui' perjalanan hidup Zetty yang bertemu jodoh awal berbanding mereka.


"Jodoh awal betul dik. Akak (umur) 33, bayangan pun tak nampak lagi.


"Tahniah dik jodoh awal. Akak yang umur 21 ni pun tak kahwin lagi... jodoh tak sampai lagi.


"Macam sayalah lepas SPM je kahwin. Kawan-kawan sekolah ramai yang masuk universiti tapi saya dah timang anak. Apabila lahir anak pertama ramai tanya, adik ke tu," komen netizen berkongsi pengalaman.




Walaupun jodoh gadis ini dikatakan cepat berbanding kebanyakan orang, perkara lebih penting adalah masing-masing perlu bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami isteri selepas mendirikan rumah tangga.


Secara umum, Enakmen Keluarga Islam dan Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303] menetapkan had umur minimum perkahwinan bagi orang Islam ialah 18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun bagi perempuan.


Hal yang sama terpakai kepada orang bukan Islam.


Bagaimanapun had umur yang ditetapkan ini berbeza mengikut negeri.


Namun begitu ia bukanlah halangan untuk pasangan bawah umur berkahwin asalkan mereka perlu mendapat kebenaran keluarga serta dibenarkan oleh pihak mahkamah.


Sumber : mStar Online

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top