Ahirine Ahiruddin, kamu tak rasa bersalah ke jadi penyondol? tanya netizen

0

 


Ahirine Ahiruddin, seorang pelakon yang kerap menunjukkan kemesraan dengan Farid Kamil di media sosial, telah disebut sebagai faktor utama yang menyebabkan kegawatan dalam perkahwinan antara Farid dan Diana Danielle.


Pelakon yang berlakon bersama Farid dalam filem Rempit 2 itu dikatakan menjadi sebab Diana mengambil keputusan untuk menceraikan suaminya itu.


"Ini mesti Ahirine yang menjadi punca perceraian. Tidak rasa bersalah ke menjadi perosak rumah tangga Diana? Saman saja Ahirine kerana dia menjadi orang ketiga dan punca pergolakan.


"Malah, negara kita ada undang-undang membabitkan orang ketiga. Saman saja," komen seorang pengguna media sosial.




Malah, ada juga yang kurang senang apabila Ahirine memuat naik perkongsian bermesra dengan Farid yang juga berstatus sebagai suami dan bapa kepada dua cahaya mata.


"Semenjak Farid rapat dengan seorang perempuan dan sering berada di litar, sehinggakan baju pun dibantu zip oleh Farid," komen warga maya itu.


Farid Kamil masih belum memberikan sebarang komen mengenai tuduhan yang dilemparkan kepadanya berhubung dengan hubungannya dengan Ahirine Ahiruddin walaupun Harian Metro telah cuba menghubunginya.




Sebelum ini, Harian Metro melaporkan bahawa Ahirine, 26, telah menyatakan bahawa beliau tidak bermaksud menimbulkan sebarang salah anggap dengan Farid apabila beliau membantu Farid memakai topi keledar dalam satu video yang dimuat naik di aplikasi Tik Tok.


Ahirine berkata beliau terpaksa menjelaskan situasi tersebut kerana ramai netizen yang menyebut nama Diana Danielle, isteri Farid, di ruangan komen video itu.




Pada masa yang sama, Diana dikhabarkan telah memohon cerai daripada Farid pada awal bulan ini atas alasan mereka tidak sehaluan dan sering bertengkar.


Farid yang dikatakan sudah berpisah rumah dengan Diana, bagaimanapun tidak bersedia untuk melafazkan cerai pada sesi mahkamah yang diadakan di Mahkamah Syariah Subang Bestari pada hari Isnin yang lalu.


Sumber : Harian Metro



Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top