Watie wanita Penyayang, Penyabar Sama Macam Arwah, kata Shuib

0

 


Shuib, 39, mendedahkan percintaannya dengan ahli perniagaan, Watie Hanifiah mendapat restu ibunya, Salamiah Jalani.


Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad berkata, dia bersyukur apabila ibunya membuat penilaian positif terhadap gadis yang sedang rapat dengannya itu.


"Penilaian pada dia (Watie) berlaku daripada emak saya sendiri. Emak saya yang menilai dia. Jadi bila emak menilai yang baik-baik mengenai dia, saya pun tahulah kerana saya berkawan dengan dia.


"Dah tentulah saya kuat mengatakan dia okey dan sebagainya. Kalau ikutkan emak saya, macam cepat sangat nak tengok kami kahwin. Saya yang minta dia bersabar.


"Insya-Allah kami ada perancangan untuk kahwin, cuma tarikhnya belum pasti. Emak fikirkan Ayash Affan sebab dia semakin membesar. Emak pun cakap tugas dia dah banyak menjaga Ayash sebelum ini," katanya berkongsi cerita ketika ditemui pada sidang media pelancaran Kamya Fest 2023 di sebuah hotel, di sini.




Shuib berkata, dia tertarik dengan personaliti Watie kerana sikap penyayang yang diperlihatkan terutama terhadap anak-anaknya selain mempunyai ciri-ciri seperti Allahyarham isterinya, Siti Sarah Raissuddin.


"Emak jaga Ayash dari kecil. Dia kata nanti bila Ayash dah besar saya boleh ambil semula. Ayash pun dah nak mula berjalan sekarang.


"Watie pun tiada masalah dengan anak-anak saya. Dia dah pernah jaga Ayash masa Ayash demam empat, lima hari. Malah semua anak saya rapat dengan dia.


"Anak-anak saya panggil dia sebagai aunty dan hubungan mereka sangat okey. Anak saya Talita sayangkan aunty. Dia hairan kenapa orang tak suka aunty padahal aunty baik," katanya.


Menurutnya, Talita mengakui dulu mungkin Watie seksi, tapi sekarang Watie sudah sempurna bertudung dan apa masalah lagi netizen bersikap begini?


"Dia turut mempersoalkan kenapa mereka menghakimi Watie sampai macam tu padahal kita kenal dia. Saya tak paksa anak-anak cakap dan ia daripada hati mereka sendiri.


'Arwah Sarah saya dah letak di satu tempat yang paling 'best'. Dan sampai ke hari ini pun, saya masih lagi mencari hari-hari yang saya tak ingat dia. Belum ada sampai hari ini. Tapi orang luar menilai berdasarkan pasal yang lepas atau apa, dan macam buat perbandingan. Itu tak boleh dan tak okey," katanya.



Shuib berkata, dia pun boleh bercakap dengan Watie mengenai Sarah.


"Jadi, bila ada orang yang datang kepada kita, zalimlah kalau saya tak hargai orang itu. Lagipun, orang yang kita percaya, emak kita boleh yakin dengan pilihan kita. Itu jawapan yang paling besar untuk kita. Tapi kalau netizen cakap memang saya tak faham. Orang (artis) lain kahwin okey saja. Bila bab saya macam payah," katanya.


Shuib berkata, mungkin ramai tidak perasan Watie mula bertudung dari 8 Februari tahun lalu dan sekarang sudah hampir setahun.


"Dia yang nak berubah ke arah kebaikan. Dia penyayang dan dia sendiri ada kakak OKU (Orang Kelainan Upaya). Dialah yang jaga dan mandikan setiap hari," katanya.


Sementara itu, Shuib selaku penganjur bersama Kamya Fest anjuran Erna Elliyana berkata, Kamya Fest bakal diadakan pada 10,11,12 Februari ini di Parkir B, Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini.


Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top