Saya berniat nak halalkan Watie pada pertengahan tahun ni, kata Shuib

0

 


Pelawak dan penyampai radio, Shuib, 39, merancang untuk berkahwin dengan kekasihnya yang juga seorang ahli perniagaan, Watie Hanafiah, 35, pada pertengahan tahun ini.


Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, berkata bahawa dia akan mengumumkan berita gembira tersebut pada masanya kerana ia masih dalam perbincangan.


"Saya berniat (mendirikan rumah tangga) pada pertengahan tahun ini. Insya-Allah yang terperinci saya akan kongsikan nanti," katanya.




Shuib berkata, dia juga akan membimbing Watie kerana sering mencuri perhatian warganet di media sosial.


"Saya selalu beritahu dia jangan ambil pusing atau baca komen. Kadang-kadang kasihan juga sebab dia bukan selebriti.


"Setakat ini semuanya baik dan saya ada memberitahunya tidak mengapa (jadi perhatian netizen), tetapi saya bimbing awak," katanya.



Dalam pada itu, Shuib lega apabila ibunya, Salamiah Jalani dapat menerima kehadiran Watie dengan baik termasuklah anak bongsunya, Ayash Affan.


"Ayash hanya mahu tiga orang wanita saja iaitu mama, pembantu dan Watie. Sekarang pun Watie yang menjaga Ayash kerana mama kini mengerjakan umrah," katanya.



SUMBER : HARIAN METRO

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top