Saya Berhabis Lebih RM100,000, Tapi Saya Rasa Puas, Kata Shiha Zikir

0

 


Penyanyi Shiha Zikir tidak menyangka akan membawa pulang trofi kemenangan Persembahan Terbaik bersama wang tunai RM12,000 melalui lagu Irama di Anugerah Juara Lagu 37 (AJL 37) yang berlangsung tadi malam.


Dengan menampilkan tema yang unik dengan elemen limpahan cahaya laser, warna-warna neon dan "glow in the dark" yang disulam dengan tarian yang lincah, Shiha mengeluarkan lebih dari RM100,000 untuk merealisasikan Irama.



“Saya sendiri kagum dengan persembahan Naim. Sewaktu dia praktis ketika sesi latihan, saya cakap, gempaknya persembahan dia! Nak menyanyi sambil terbalik bukan mudah, lebih-lebih lagi menyampaikan lagu balada.


“Saya tak nak komen mengenai kata-kata negatif yang mempersoalkan kemenangan Irama. Saya faham masing-masing ada pendapat tersendiri, tak semua orang ada pemikiran yang sama.


@xtra_my Neon neon, laser laser, glow in the dark. Power la Shiha malam ni... Pap pa ra ra ra! 🥰💖💜 Jangan lupa saksikan #AJL37 jam9 malam ini secara langsung di TV3 dan strim langsung HD hanya di Tonton. #AJL37 #dimensimuzik #alhaalfa ♬ original sound - XTRA


“Dalam pendapat saya sendiri, jika masuk bertanding, pastinya semua orang nak menang. Jika saya masuk pun, sudah tentu saya mahukan kemenangan. Tapi sebelum ini, saya sudah sertai banyak program dan pertandingan, jika ada orang lain menang, saya takkan menyalahkan sesiapa jika saya kalah,” katanya.


Dalam pada itu, Shiha juga berharap semua pihak mempecayai ketentuan rezeki yang sudah ditakdirkan.


“Saya berharap kepada mereka yang mempertikaikan, kena ada kepercayaan kepada juri dan keputusan yang telah ditetapkan. Sudah tentu juri lebih arif dan profesional. Saya sendiri tak layak komen mengenai kemenangan kerana juri sahaja yang tahu sebab mereka memilih pemenang.



“Jika bercakap mengenai undian, lagilah saya tak yakin saya boleh menang. Sekiranya ia melibatkan undian, ramai lagi artis lain mempunyai sokongan peminat yang kuat. Jadi, apa yang saya boleh buat adalah percaya kepada rezeki. Orang yang mengundi pun boleh nampak usaha yang diletakkan dan mereka yang mengundi mesti tahu mengenai persembahan.


“Saya tak cakap persembahan saya sahaja yang bagus, pastinya semua peserta pun dah buat sehabis baik, lebih-lebih lagi Naim, pertama kali saya lihat ada penyanyi menyanyi terbalik. Apa pun ia berbalik kepada rezeki,” katanya lagi.


Sumber : XTRA

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top