Puteri Sarah dibenar mula prosiding hina mahkamah terhadap Ira Kazar dan keluarga

0

 


Pelakon Puteri Sarah telah diberi kebenaran oleh Hakim Mahkamah Sesyen Norakhmar Mohd Sani untuk memulakan tindakan menghina mahkamah terhadap kakaknya, Ira Kazar, serta bapa mereka yang juga pelakon veteran, Kazaruddin Saisi. 


Peguam Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader, mengatakan bahawa salinan permohonan komital itu akan diserahkan kepada Ira, kakaknya Yasmin, dan bapa mereka.



"Selepas penyampaian disempurnakan, mahkamah akan menetapkan tarikh untuk mereka menjawab terhadap permohonan kami. Pada masa ini, tiada sebarang tarikh ditetapkan," kata peguam itu ketika dihubungi.


Pada 31 Januari lalu, Puteri Sarah memfailkan notis permohonan komital secara ex-parte terhadap ketiga-tiga individu, iaitu kakaknya Ira Kazar, bapa mereka Kazaruddin Saisi, dan kakak perempuan Ira, Yasmin, atas dakwaan sengaja menentang atau mengingkari perintah injunksi yang diperoleh Puteri Sarah pada 4 Julai 2022. 



Puteri Sarah memohon perintah injunksi tersebut untuk melindungi dirinya dan keluarga dari gangguan dan ancaman yang dibuat oleh Ira melalui media sosial. 


Pada 16 Januari lalu, Puteri Sarah juga memfailkan permohonan cerai dengan suaminya, Syamsul Yusof, dan sebutan kes ditetapkan pada 7 Mac ini.


Sumber : Sinar Harian

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top