Osman Ali Bongkar Cerita Sebenar Disebalik Tuduhan Sophia Albarakbah Suka Kacau Suami Orang

0

 


Baru-baru ini kecoh di media sosial kononnya seorang pelakon baru meningkat naik meluahkan isi hatinya yang jatuh hati pada suami orang.


Susulan dari pendedahan isteri kepada aktor kacak itu, ramai netizen mengecam tindakan pelakon cantik itu yang dikatakan mengganggu keharmonian rumah tangga orang.


setelah sekian lama mendiamkan diri, Pengarah Osman Ali akhirnya berbicara mengenai isu yang melibatkan pelakon Sophia Albarakbah yang juga memegang watak utama dalam drama arahannya. Ia dikatakan tergila-gila dan jatuh cinta pada aktor Aliff Aziz.


Menurut Osman, isu ini seharusnya tidak diperbesarkan kerana ia boleh mempengaruhi proses penggambaran dan mengganggu barisan pelakon lain serta pihak produksi.


Walau bagaimanapun, Osman masih memberikan pujian kepada Sophia dan Aliff kerana kedua-duanya selalu memberikan komitmen yang tinggi semasa berada di set penggambaran.



“Saya harap sangat perkara ini tidak dipanjangkan sehingga akan mengganggu proses kerja pelakon dan team produksi.


“Saya akui memang mereka berdua (Sophia dan Aliff) bekerja sangat keras bagi menjayakan watak masing-masing dan komitmen tinggi secara profesional diberikan.


“Bila ada yang kata ini marketing, langsung saya katakan ini bukan sebahagian daripada marketing,” katanya kepada Gempak.


Dalam masa sama, pengarah filem Ombak Rindu itu turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa Sophia sememangnya terkenal dengan sikap suka mengganggu suami orang.


“Mengenai perkara itu saya tidak tahu kerana masih belum kenal, tapi sepanjang dia bekerja dengan saya, dia sangat baik, komited, berdisiplin, sopan santun dan tidak gedik langsung di set.


“Malah saya tidak nampak pun elemen bermanja-manja di lokasi seperti yang didakwa sesetangah pihak terhadap Sophia. Dia tiada masalah itu,” tambahnya.



Sementara itu, Osman berkata dia sudahpun berjumpa dengan aktor dan aktres tersebut bagi menyelesaikan isu berkenaan.


“Saya tidak mahu timbulkan perbalahan. Saya dah jumpa mereka berdua, dalam perbincangan kami, saya mahu isu yang timbul diselesaikan secara baik.


“Saya menghormati setiap kehidupan peribadi mereka, saya tidak menyebelahi mana-mana pihak.


“Isu peribadi antara mereka berdua saya tidak sangat mengambil tahu, saya bertindak profesional dengan menjalankan tugas saya sebagai pengarah,” ujarnya lagi.


Sumber : GEMPAK

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top