Penafian : Gambar sekadar hiasan
Baru-baru ini heboh di media sosial apabila satu video yang memaparkan insiden kekecohan yang berlaku di sebuah hospital kerajaan.
Kejadian tersebut dikatakan berpunca daripada masa menunggu giliran yang terlalu lama untuk berjumpa dan mendapatkan rawatan doktor.
Difahamkan, ada pesakit yang mendakwa mereka ‘kena sidai’ dari jam 8 pagi hingga 7 malam hanya untuk menerima rawatan.
Memetik artikel dari odisi, seorang doktor perubatan, Dr Farra Diana (@FarraDiana_) menerusi akaun Twitternya turut mempunyai pandangan yang sama mengenai isu ini yang diluahkan melalui ciapannya berikut.
“Kami bertugas MINIMUM 14 jam sehari dengan bayaran gaji minimum. Malah kami tak sempat pun untuk makan, solat pun ‘lari-lari’. Kadang kala ada yang terlepas waktu solat. Dengan jumlah tenaga kerja yang minimum, kami perlu merawat pesakit yang ramai.
Jika anda penat menunggu, kami lebih penat berganda dari itu”.
“Jangan sesekali marah doktor dan jururawat atau mana-mana petugas kesihatan. Kami sangat penat. Kalau nak marah, lepaskan kemarahan anda kepada KKM. Gesa untuk tambah lebih ramai tenaga kerja, cari penyelesaian untuk tambah lebih ramai kakitangan.
Kami tahu anda sedang menderita, tapi kami juga sebenarnya turut terseksa ketika ini.”
Sumber: Farra Diana (@FarraDiana_)