PERKONGSIAN ibu kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof, iaitu Datin Patimah Ismail membuat ramai tertarik dengan rasa bangganya memiliki tiga menantu yang hebat. Menerusi ruangan Instastory, Patimah memuat naik nama-nama tiga wanita tersebut.
"Kami ada tiga orang menantu yang hebat-hebat, cukuplah Nazariah Harun, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dan Aeisyah Ustaz Zainal," katanya.
Pun begitu, nama Ira Kazar yang merupakan isteri kedua kepada Syamsul tidak ditulis dalam perkongsian berkenaan.
Sebelum ini, isteri kepada pengarah dan penerbit Datuk Yusof Haslam ini pernah menegaskan bahawa bapa kepada Ira Kazar iaitu Kazar Saisi bukanlah besannya.
"Besan kami Encik Megat Kamaruddin bukan dia," katanya menerusi ruangan komen di Instagram mStar.
Pada 5 Januari lalu, Syamsul menggemparkan dunia seni apabila dia mengakui sudah bernikah dengan Ira di Thailand.
Selepas kisah tersebut hangat di perkatakan, Syamsul dan isteri pertamanya Puteri Sarah Liyana saling berbalas komen di media sosial namun dilihat masih belum bertemu jalan penyelesaian terhadap kemelut rumah tangga mereka.
Rentetan itu, pada 15 Januari, Puteri Sarah bertindak memfailkan perceraian secara baik di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5.
Smumber : mStar online