SETELAH bertahun-tahun waktu sekolah di Semenanjung dimulai pada pukul 7.30 pagi, ada usulan untuk memajukan jam mulainya selama 30 menit menjadi pukul 8 pagi.
Usulan ini datang dari seorang ahli pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia baru-baru ini. Alasannya adalah untuk memperingati konsep Malaysia Madani dan mempromosikan slogan "Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera".
Niat daripada syor itu mungkin baik, namun persoalannya adakah langkah menganjakkan waktu persekolahan mampu memberi kesejahteraan kepada semua pihak?
Hasil tinjauan termasuk di media sosial mendapati kebanyakan ibu bapa tidak bersetuju waktu persekolahan dianjakkan kepada jam 8 pagi. Mereka sependapat ia akan mengganggu rutin harian terutama bagi yang bekerja.
Ada juga berpandangan, perbezaan setengah jam tidak memberi apa-apa kesan, selain mahu meneruskan tradisi bangun awal pagi yang telah diterapkan dalam diri anak-anak agar mereka lebih berdisiplin.
Hujah ini turut disokong oleh bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Aminuddin Awang yang mengatakan sistem ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) itu sudah cukup baik serta tidak menimbulkan masalah kepada pelajar, ibu bapa dan guru.
Apabila bercakap mengenai sekolah, sebenarnya ada banyak perkara lain yang masih lompong, sangat perlu diperbetulkan dan diberi perhatian serius oleh pakar pendidikan.
Isu beg sekolah berat dan silibus beberapa subjek ‘aras tinggi’ sehingga tidak tercapai dek akal anak-anak yang masih kecil sepatutnya lebih diberikan perhatian.
Hujung tahun lalu, negara heboh seketika apabila seorang guru hampir dibuang kerja kerana lantang mengkritik, antaranya isu bilangan murid ramai dalam kelas, subjek yang banyak, masa belajar subjek teras tidak mencukupi dan wujud budaya Little Napoleon dalam sistem pendidikan negara. Bagaimana pula isu kualiti makanan di kantin sekolah?
Justeru, kepada pakar pendidikan dan pihak yang mahu berjuang untuk murid-murid sekolah, adalah lebih baik fokus kepada masalah lebih serius yang masih membelenggu dunia pendidikan dan memerlukan penyelesaian tuntas.
Sumber : Sinar Harian