“Dia Tahu Apa Minat Saya…” - Fyna Jebat Terharu Terima Sokongan Suami Untuk Kembali Aktif Menyanyi

0

 


Fyna Jebat, atau nama sebenarnya Nur Syafinaz Jebat, 29, menjelaskan bahawa suaminya, Datuk Zainal Abidin memberikan sokongan penuh dan membenarkan dia untuk kembali aktif menyanyi. 


Suaminya yang juga bekas jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan sangat memahami minat Fyna dalam bidang nyanyian. 


Zainal juga tidak menetapkan sebarang syarat atau kekangan bagi adik kepada pelakon dan penyanyi Ayda Jebat.


“Alhamdulillah, baik datang dari keluarga, suami, peminat dan semua yang mengenali saya, mereka sangat menyokong untuk saya kembali aktif menyanyi semula.



“Suami saya dia bagi je untuk saya kembali menyanyi sebab dia tahu minat saya memang menyanyi.


“Dia pun tiada letakkan sebarang syarat kepada saya. Dia sokong sahaja apa yang saya buat. Asalkan mana yang terbaik untuk saya, dia ok,” katanya kepada Gempak.


Fyna mengatakan hal itu setelah dia dinobatkan sebagai naib juara dalam sebuah acara penyanyian bersama kakaknya, Ayda pada hari Ahad yang lalu.


Apabila ditanya sama ada dia sudah dapat beradaptasi dengan kritikan dari netizen setelah pendedahannya sebagai isteri kedua kepada Zainal, Fyna mengatakan bahwa dia mengambil semua komentar itu untuk memperbaiki diri.


“Saya tahu banyak komen negatif dan ada juga positif yang diberikan kepada saya. Secara peribadi, apa yang baik saya ambil dan apa yang tak baik pun saya ambil agar dapat perbaiki diri sendiri.


“Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk perkahwinan saya. Saya pun mendoakan yang terbaik kepada mereka semua di luar sana,” tambahnya.


Sumber : GEMPAK

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top