Bukan Sebab Berat Badan Jadi Masalah, Kalau Dia Gemuk Saya Tetap Sayang, Tapi..,Kata Khazrul

0

 


Seperti yang kita tahu, hubungan antara Zarina Ajoulie dan tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey sudah menemui titik noktah apabila pasangan ini memberi bayangan mengenai ikatan pertunangan mereka.


Menerusi perkongsian di TikTok Story, Khazrul meluahkan dia bukan orang yang baik serta berharap mereka akan terus bersahabat.


Terbaru, menerusi satu hantaran Khazrul menjawab pertanyaan daripada netizen menjelaskan bukan berat badan menjadi masalah dalam perhubungan mereka. Menurutnya, dia tidak pernah meminta Zarina atau lebih mesra disapa Anju untuk menurunkan berat badan jika mahu berkahwin.

@elzey_anjoulielavocah Assalamualaikum semua terima kasih atas nasihat kepada saya. saya hargai sangat2. InshaAllah jodoh pertemuan Allah tentukan. Biarlah keadaan tenang, Alhamdulillah, Doa anda semua amatlah saya hargai dengan ucapan terima kasih 🙏🙏🙏 semoga Allah membalas budi dan bertambah rezeki kepada anda semua. Aameen #fyp ♬ Tuhan Jagakan Dia - Motif Band



“Asalamualaikum, saya tak pernah kata pada Anju kalau tak turun 55 kilogram saya tak nak kahwin. Anju dah kata dia hanya bergurau isu ini tak sangka jadi viral.


“Anju ada post di media dia bergurau, tak sangka isu melarat. Anju dah minta maaf pada saya, saya dah nasihat dia jangan main tulis macam itu.


“Saya tanya Anju, awak tak rasa bersalah ke awak tulis main-main tapi netizen sumpah seranah bakal suami awak? Jadi dia menyesal sebab isu berat badan ini,” katanya.




Jelasnya lagi, dia menerima Anju seadanya dan bukan isu berat badan menjadi masalah namun ada perkara lain perlu diselesaikan. Khazrul berkata lagi, isu berat badan itu telah pun dipadam oleh Anju namun sudah terlambat apabila ianya tular di media sosial.


“Jadi, bukanlah isu berat yang jadi masalah pada kami. Saya tak kisah pun kalau dia gemuk saya tetap sayang, cuma ada perkara lain yang kami kena lalui.


“Anju terus padam artikel isu berat badan dalam telefon dia depan saya, cuma Anju tak dapat. padam media bila media dah viral, dia menyesal.


“Saya tak boleh cakap apa-apa kerana saya tak nak orang salah anggap pada kami. Biar kami cuba selesaikan masalah ini,” jelasnya.


Sumber : ROTIKAYA

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top