Berlakon kena ada rasa, baru menjadi, kata Sophia AlBarakbah

0

 


Pelakon Sophia AlBarakbah mengakui watak Raisya Hannah dalam drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah memberi cabaran kepadanya untuk menghidupkan karakter tersebut.


Menurut Sophia, 30, perasaan ikhlas juga harus ditabur dalam wataknya sebagai Raisya dalam drama yang menggandingkannya dengan penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz.


“Berat (watak). Berlakon kena ada rasa dan ikhlas. Nanti semua menjadi,” katanya yang pernah popular menerusi drama Suamiku Lelaki Pendosa.




Respons tersebut diberikan Sophia bagi menjawab pertanyaan pengikut Instagramnya tentang kesukaran membawa watak sebagai Raisya dalam drama arahan Osman Ali tersebut.


Sehingga hari ini, Sophia kekal dengan pendirian berdiam diri sejak dirinya didakwa jatuh hati dengan Aliff, suami kepada pelakon Bella Astillah selepas bergandingan dalam drama tersebut.


Dakwaan menjadi pengganggu rumah tangga mula menjadi bualan hangat apabila Bella mendedahkan seorang aktres kerap menghubungi suaminya.



Tidak tahan dengan gangguan dan sikap berdiam diri Sophia, Bella juga nekad memuat naik tangkap layar perbualan WhatsApp mereka dalam Instagram namun dipadam beberapa jam kemudian.


Sementara Aliff juga memberitahu tidak akan lagi berlakon bersama Sophia dalam mana-mana drama selepas ini bagi menghormati perasaan isterinya dan mengelak hal-hal tidak sepatutnya. – KOSMO! ONLINE

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top