Pelawak Chot Selamat Bernikah Dengan Kakak Penyanyi, Bekas Isteri Luah Apa Terbuku Dihati

0

 


Menerusi perkongsian di media sosial, bekas isteri pelakon dan pelawak, Chot, Siti Zafirul Azzah atau lebih dikenali sebagai Jaja, mengejutkan netizen dengan pengumuman mengenai status rumah tangga mereka. 


Dalam hantaran di laman Instagram, Jaja menyatakan bahawa dia dan Chot sudah bercerai pada 15 Mac 2022. Selain itu, dia juga memberikan reaksinya kepada Chot atas majlis perkahwinannya dengan kakak seorang penyanyi baru-baru ini.



Malah, Jaja yang juga merupakan peserta program realiti nyanyian, Getaran Jiwa turut mengingatkan Chot untuk tidak melupakan tanggungjawabnya terhadap anak mereka.


“Tiada tanda tanya lagi. Persoalan dah terjawab. Dulu bahagia, sekarang tak.

Jodohku, Ayash bersama dedi tiada disebabkan team ira kazar


“Beribu ribu tahniah Hazmeer dan Zurina Badron. Semoga bahagia di atas air mata orang lain. Perasaan anak langsung tak hiraukan.



“Ada anak instant jangan lupa jenguk anak bin sendiri. Lepas ni nafkah anak jangan lupa pulak,” kongsinya lagi.

Sekadar rekod, Jaja dan Chot telah mendirikan rumah tangga pada 18 Julai 2017. Mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata, Ahmed Sher Hayyaz yang lahir pada 18 Julai 2019. 


Pada 2018, pasangan ini diuji apabila anak pertama mereka yang baru berusia sebulan meninggal dunia akibat penyakit injap jantung terbalik. 


Namun, pada 15 Mac 2022, kedua-dua mereka telah bercerai. Jaja juga telah membuat pengakuan yang mengejutkan melalui media sosial mengenai status rumah tangga mereka yang berakhir.


Sumber : Media Hiburan


Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top