Netizen Speku Janna Nick Jadi Penyebab Fyna Jebat Dan Madu Bertengkar?

0

 


Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila penyanyi Fyna Jebat didakwa terlibat dalam pergaduhan dengan isteri pertama bekas jurulatih Liga Super, Datuk Zainal Abidin Hassan. 


Pihak polis mengesahkan bahawa berlaku pergaduhan kecil dan kedua-dua pihak telah membuat laporan polis. Hasil siasatan, suspek (isteri pertama) merasa tersindir dengan kenyataan pengadu dalam program Famili Duo.


Berikutan isu tersebut, pelakon Azhar Sulaiman memuat naik satu perkongsian di Instagram menitip pesanan kepada pihak produksi TV3 mengenai program realiti tersebut.


Malah, Azhar Sulaiman juga meminta agar perkahwinan Fyna dengan Datuk Zainal Abidin Hassan tidak diulas atau dijadikan sebagai bahan jenaka untuk menjaga hati isteri pertama jurulatih tersebut yang juga anak saudaranya.


Walau bagaimanapun, perkongsian tersebut telah dipadam, namun dimuat naik semula oleh pelakon, Datuk Fizz Fairuz. 


Namun, yang menjadi perhatian adalah permintaan pengacara program, Janna Nick untuk memadamkan gambar yang memaparkan dirinya sebagai pengacara. 


Janna juga memohon maaf kerana tidak sensitif tentang perkara yang dia tidak tahu atau dimaklumkan kepadanya lebih awal.


Susulan komen Janna Nick itu, ramai netizen mendakwa pengacara itu yang memulakan isu dengan soalan panas kepada Fyna.




Artikel dipetik dari ROTIKAYA


Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top