Nasi, ayam atau ikan dan sayur, tak lebih RM5 untuk golongan miskin tegar, Kata Salahuddin Ayub

0

 


Kerajaan akan segera memperkenalkan menu Rahmah, yaitu hidangan makanan dengan harga RM5 dan di bawahnya, khusus untuk golongan miskin tegar, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub. 


Beliau menyatakan, menu yang merangkumi nasi, ayam atau ikan dan sayur akan dilaksanakan setelah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia dan Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia minggu depan.


"Menu ini dikhususkan kepada golongan miskin tegar yang memerlukan makanan siap masak pada harga munasabah," katanya kepada pemberita selepas jelajah mesra dan pemeriksaan Ops Menu di sini hari ini.


Beliau berkata menu berkenaan tercetus menerusi sesi libat urus KPDN bersama pemain industri semalam bagi mencari kaedah terbaik menangani isu kenaikan harga makanan dalam situasi 'menang-menang' bagi mengurangkan kos operasi serta menawarkan harga munasabah kepada pelanggan.


Mengenai pelaksanaan Ops Menu 3.0 yang bermula pada 23 Jan lepas, Salahuddin berkata sebanyak 614 premis makanan diperiksa di seluruh negara, dengan sembilan tindakan dikenakan kepada peniaga yang melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.



AKHAP memperuntukkan denda sehingga RM500,000 bagi perbadanan atau syarikat manakala bagi individu, denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.



"Bagaimanapun kerajaan mahu elak kenakan tindakan undang-undang kepada pengusaha premis makanan, jadi saya harap pengusaha premis dapat patuhi undang-undang dan beri kerjasama," katanya. – BERNAMA

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top