Mas Idayu berdiam diri, Sissy hanya ucap Alhamdulillah

0

 


Kemelut antara juri tetap Famili Duo, Mas Idayu dan penyanyi Sissy Imann nampaknya masih berlanjutan apabila masing-masing mengambil keputusan berdiam diri selepas persembahan separuh akhir, malam ini.


Mas Idayu dilihat berdiam diri apabila tidak memberikan komen pada persembahan Naim Daniel dan Sissy menerusi lagu Pening, begitu juga dengan Sissy tidak bersuara.



Biarpun Mas Idayu dijemput memberikan komen oleh pengacara program, Janna Nick dan Sean Lee, penyanyi berusia 51 tahun itu tetap dengan keputusannya tidak memberikan komen.


Sissy pula hanya mengucapkan, Alhamdulillah ketika diminta pengacara untuk memberi sepatah dua kata.


Dalam pada itu, Naim berkata, dia terbuka menerima sebarang kritikan dan pandangan daripada juri mahupun penonton.



"Kami berdiri atas kapasiti penyanyi dan terbuka menerima setiap komen juri," kata Naim.


Sementara itu, juri tetap, Ajai melihat konsep mahkamah yang dipilih Naim dan Sissy seolah-olah simbolik kepada keadilan dan mempunyai kaitan dengan isu yang melanda pasangan sepupu itu, minggu lalu.


Sumber : Berita Harian Online

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top