Baru-baru ini viral satu perkongsian di laman sosial yang memapakan kisah seorang influencer yang dikenali sebagai Nor Sufia Johari atau biasa disapa Cik Pia masih belum berakhir.
Melalui hantaran yang dimuat naik oleh Cik Pia di laman TikToknya baru-baru ini, dia menyatakan rasa sedih dan terkilan kerana anak yang baru dilahirkan harus diberi nasab Abdullah kerana suaminya tidak bersedia untuk hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara.
@norsufiajohari sedih sgt sedih..apalah salah anak ni..Ya Allah kau permudahkanlah urusan yg sulit ini..Semoga anak ini mendapat haknya..#trending #hello2023 #viral #fypシ #fyp #fypシ゚viral #fypage #tiktoker #tiktok #fypp #fyppppppppppppppppppppppp ♬ Apa Sebenarnya - ◦•●◉✿💞𝐑𝐄𝐄𝐙💞✿◉●•◦
“Sedih sangat sedih..apalah salah anak ni..Ya Allah kau permudahkanlah urusan yang sulit ini..Semoga anak ini mendapat haknya,” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.
Namun, bukan saja difitnah dan aibnya dibuka oleh suami, Cik Pia berkongsi sebuah lagi berita sedih iaitu mengenai kesukaran beliau dalam menyelesaikan pendaftaran MyKid bayinya, Arumi di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Kini Cik Pia tidak mempunyai pilihan kerana lelaki terbabit dikatakan enggan memberi kerjasama. Menurut sumber yang dirujuk, katanya si ayah atau kad pengenalan asli miliknya perlu dibawa ke sana untuk pendaftaran sah
Jika gagal berbuat demikian, pendaftaran akan jadi semakin sukar termasuklah kebarangkalian Baby Arumi terpaksa dibinkan dengan nasab Abdullah atau 99 nama Allah. Hati ibu mana tidak gundah mengenangkan anak yang lahir secara sah ini mungkin akan bertanya satu hari nanti mengapa namanya berbinkan nama lain.
Menjengah ruangan komen, rata rata netizen menzahirkan rasa sebak dan mendoakan semoga Cik Pia tabah dalam meneruskan kehidupan membesarkan anak tanpa bapa disisi.
Selain itu, Cik Pia juga menyatakan kebimbangannya bahawa anaknya akan mengeluh tentang hal ini ketika ia sudah dewasa kerana diberi nama yang berbeza daripada saudara-maranya yang lain.
Tambah wanita cantik itu lagi, Cik Pia mendedahkan dia sendiri tidak tahu lokasi sebenar suaminya terkini dan ia telah menyukarkan lagi urusan tersebut dilakukan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Cik Pia terus tabah dalam menghadapi dugaan ini dan berharap agar urusannya itu sentiasa dipermudahkan.
Sumber: TikTok @norsufiajohari via OMM