Ada sebab takdir temukan dia dengan Watie, ibu pun dah minta cepatkan tarikh nikah tu, kata Shuib

0

 


Pelawak dan penyampai radio, Shuib mengakui bahawa kehadiran Watie Hanifiah sebagai wanita terdekat dalam hidupnya kini adalah takdir yang ditentukan oleh Tuhan.


Kehadiran usahawan wanita berjaya itu juga dikatakan Shuib sebagai jawapan terhadap rahsia masa depannya setelah kematian isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, lebih setahun yang lalu.


Bagi Shahmira Mohamad, keprihatinan dan sifat penyayang milik Watie membuat hubungan persahabatan mereka semakin selesa dan memasuki fasa yang serius untuk membina hidup bersama melalui perkahwinan.


“Apabila ada orang datang kepada kita (Watie), saya yakin ada sebab-sebabnya. Zalimlah kalau tidak menghargai orang itu. Saya tidak tahu masa depan bagaimana tambahan pula ibu meyakinkan saya.


“Saya sangat selesa dengan Watie kerana dia penyayang. Dia mempunyai seorang kakak istimewa (OKU) sejak lahir yang dijaga dan diuruskannya sendiri setiap hari.




“Itu antara kelebihan sikap Watie. Jika suatu hari nanti kita sakit, ada tak yang boleh jaga kita? Kalau ada semua benda pun tak bererti tanpa orang yang kita sayang jaga kita,” katanya kepada Kosmo! Online usai sidang media Kamya Fest 2023, di ibu negara semalam.


Pada masa sama, Shuib menegaskan siapa pun yang berada di sisinya kelak tidak akan menghakis ingatan terhadap Allahyarham isterinya Siti Sarah. Baginya, wanita teristimewa itu mempunyai tempat khas di ruang hati yang paling dalam.


“Sarah saya letak dekat satu tempat yang paling bagus dan sampai ke hari ini saya masih tercari-cari hari yang tidak teringatkannya,” katanya lagi.


Bukan sahaja mencari ibu kepada empat anaknya, Shuib turut meluahkan rasa ingin bahagia dalam kehidupan seperti insan lain tanpa perlu menghakimi dengan siapa patut dia bersama.


“Saya seperti awak semua yang mahu bahagia dalam hidup dan melihat anak-anak besar dengan penuh kasih sayang.


“Dalam perkara ini, saya mohon untuk sangka baik dengan orang tanpa perlu menghakimi lebih-lebih.


“Risau apa kita tulis itu, yang di sebelah kiri turut mencatit perbuatan kita,” tuturnya.


Ketika disoal tentang perancangan kahwin, Shuib akan umumkan tarikh jika sudah ditetapkan kelak dan ibunya juga minta mempercepatkan pernikahan.



“Insya-Allah, perancangan sudah ada. Ikutkan mak saya minta kami percepatkan sebab memikirkan Ayash.


“Ayash semakin besar dan sudah nak pandai berjalan. Watie pun tiada masalah untuk jaga Ayash memandangkan pernah menjaganya ketika demam selama empat ke lima hari.


“Cuma saya masih tidak tahu bila dan saya akan umumkan tarikh jika sudah ditetapkan,” jelasnya.

Sebelum ini, sejak kematian Allahyarham Siti Sarah akibat Covid-19 pada 9 Ogos 2021, nama Shuib kerap dikaitkan dengan beberapa selebriti wanita di Malaysia.


Shuib membina rumah tangga dengan Sarah pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan. 


Sumber :-KOSMO! ONLINE

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top