Walupun Free Hair Tak Bermakna I Jahat, Boleh Bertaubat Bila Tiba Masanya, kata Isteri Caprice

encik gotenks
0

Isteri kepada penyanyi rap sensasi Caprice iaitu Farra Inalis mengambil pendekatan kekal tenang dan percaya segala kecaman serta tohmahan netizen akan membawa manfaat tersendiri kepadanya.


Farra atau nama lengkapnya, Farra Inalis Hussni berkata, adalah mustahil untuk dirinya memuaskan hati semua orang.


“Nak puaskan hati manusia? Sampai kiamat pun memang tak mampu. Kenapa saya nak melenting kalau orang caci maki sedangkan mereka memberi manfaat pada saya tanpa mereka sedar.



“Sanggup komen macam-macam untuk puaskan hati sendiri walaupun tak pernah kenal. Inilah dinamakan manusia yang ada penyakit hati.


“Walaupun free hair (tak bertudung), tak bermakna saya jahat. Saya berdosa urusan dengan Allah. Saya boleh bertaubat bila tiba masanya,” katanya menerusi satu hantaran Instagram.


Ibu kepada seorang cahaya mata itu turut menegaskan, manusia tidak layak menghakimi dan sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman terhadap seseorang.



“Saya dengan suami, itu urusan antara kami dan tak perlu nak tolong ingatkan saya, ‘kasihan suami tanggung dosa’.


“Hello, dia (Caprice) tahu dengan siapa dia berkahwin. Kalian sesama manusia tak berhak nak menghukum, pilihan masing-masing.


“Semua komen negatif saya anggap, mungkin mak cik dan pak cik ‘bawang’ dahagakan perhatian atau nak tumpang glamor di ruangan komen, biarkanlah.


“Mungkin dengan menabur fitnah dan menghina orang boleh buat mereka rasa bahagia,” coretnya dalam nada sarkastik.


Baru-baru ini, Caprice mendedahkan bahawa Farra atau lebih dikenali dengan panggilan Elis terkena buatan orang namun netizen mempertikaikan perkara tersebut kerana keadaan fizikalnya masih sihat walafiat dan bahkan, masih boleh bergelek dalam media sosial.


Sumber Artikel : Kosmo Online

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top