Terjumpa Makcik bertudung, atuk pakai kopiah jual sate ular dan biawak... Ramai pesan jangan suka-suka cuba makanan tepi jalan kalau berkunjung ke Indonesia

encik gotenks
0

Baru-baru ini viral satu perkongsian di media sosial yang memaparkan video sepasang orang tua memakai kopiah dan tudung yang menjual satay ular dan biawak.

"Sebab tu ramai orang pesan, kalau travel ke Indonesia kena berhati-hati dalam bab makan, orang pakai tudung dan kopiah tak semestinya Islam. Ni buktinya," tulis laman berkenaan.

Video yang dikongsikan di laman Twitter @malaysiavirall memaparkan sebuah gerai penjaja yang diusahakan oleh wanita bertudung menyajikan hidangan sate daripada pelbagai jenis haiwan eksotik.

Menerusi video berdurasi 52 saat itu, kelihatan penjaja berkenaan mempamerkan aksinya mengeluarkan ular tedung daripada sangkar, sebelum menyiang dan memotong daging reptilia itu untuk dijadikan sate.

Bukan sahaja menghidangkan daging, gerai tersebut turut menawarkan minuman daripada daarah reptilia tersebut.

Sementara itu dalam satu perkongsian video berasingan, ia memaparkan seorang penjaja warga emas yang memakai kopiah turut menyajikan hidangan sate ular dan biawak.

Turut dipamerkan di gerai tersebut adalah risalah yang mendakwa kononnya daging reptilia berkenaan merupakan ramuan tradisional bagi mengubati pelbagai jenis penyakit seperti sakit pinggang, paru-paru, asma, gatal dan menguatkan tenaga batin.

Perkongsian tersebut nyata mengundang reaksi kurang senang warga maya memandangkan penjaja berkenaan boleh mengelirukan pelancong menerusi imej mereka yang digambarkan seperti orang Islam.

"Seperti di Bali. Pakai tudung tapi kenapa jual nasi goreng babi?

"Dulu masa pertama kali travel ke sana, konon teringin nak makan bakso tepi jalan. Tapi driver tak bagi takut tak halal walaupun penjual pakai tudung. Driver kata kalau nak makan, dia bawa gi restoran halal," komen beberapa netizen.

Bagaimanapun rata-ratanya mengakui 'kembang tekak' dan loya apabila melihat bagaimana daging haiwan eksotik berkenaan selamba dijamah oleh warga tempatan.

"Sumpah nak muntah part minum daarah tu. Tak sanggup tengok sampai habis.

"Kemain teguk macam minum air sirap.

"Jadi loya aku nak makan sate tengok video ni," demikian antara komen netizen.

Bagaimanapun segelintir netizen warga Indonesia menyifatkan hidangan eksotik sedemikian hanya disajikan di daerah tertentu dan tidak adil untuk 'memukul rata' kononnya makanan di negara tersebut tidak halal.

Sehingga kini perkongsian video tersebut meraih hampir 4,000 ulang kicau.

Sumber artikel : mStar Online

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top