Syamsul Yusof Dikatakan Sudah Bertunang Dengan Ira Kazar?

encik gotenks
0

"Terima kasih mesej (DM) saya."

Itu kata pelakon Puteri Sarah yang menerima mesej peribadi (DM) di Instagram yang berkongsi mengenai laporan portal hiburan yang mendakwa suaminya yang juga pengarah terkenal, Syamsul Yusof bakal berkahwin dengan wanita dikenali sebagai Ira Kazar.

Memberi reaksi kepada kiriman DM itu, Puteri Sarah turut mengucapkan syukur jika apa yang dilaporkan itu benar.

"Kalau betul alhamdulillah. Jangan lupa tanggungjawab pada anak-anak," tulisnya di Instagram Story.

Puteri Sarah berkata, selain DM itu dia juga mendengar banyak khabar sama yang disampaikan orang sekeliling.

"Saya sedang sibuk menjalani penggambaran drama dalam masa tempoh hari anak masuk hospital. Jadi, memang tak ambil tahu apa yang berlaku termasuklah isu ini (Syamsul dan Ira kahwin).

"Sejujurnya, saya tak nak peningkan kepala dengan isu ini. Saya mahu menjalani kehidupan dengan tenang saja. Fokus pada kerjaya dan anak-anak. Selebihnya saya serahkan pada ketentuan Allah SWT.

"Apa pun saya berterima kasih kepada orang ramai yang ambil berat terhadap diri saya dan anak-anak," katanya kepada Harian Metro.

Ditanya pula dakwaan terbaharu mengatakan Syamsul dan Ira yang juga anak kepada pelakon veteran Kazar sudah bertunang, Puteri Sarah berkata dia tidak tahu menahu.

"Saya tak tahu," katanya ringkas.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top