Sungguh Jijik Dan Memalukan, Pengantin Lelaki Merah Padam Depan Orang Ramai Apabila Kawan-Kawan Beri Hadiah Tidak Senonoh

encik gotenks
0

Pemberian hadiah tidak senonoh kepada pasangan pengantin seperti yang tular di media sosial baru-baru ini hukumnya haram dan berdosa kerana menjatuhkan aib suami isteri, keluarga pengantin dan tetamu yang hadir.

Pendakwah, Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, amalan itu sepatutnya dihentikan kerana Nabi Muhammad SAW sendiri sangat memuliakan majlis perkahwinan.

"Nabi Muhammad cukup suka beri hadiah kepada orang, lebih-lebih lagi mereka yang melangsungkan perkahwinan untuk menggembirakan hati tuan rumah.

"Malah ada riwayat Rasulullah menyuruh para sahabat yang dijemput ke majlis perkahwinan yang sedang berpuasa sunat untuk berbuka puasa, sampai begitu sekali Rasulullah memuliakan pengantin dan keluarga.

"Disebabkan itu, Islam menyarankan kita menghormati pengantin, keluarga pengantin serta majlis yang diraikan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Izhar berkata, selain menghadiri perkahwinan, amalan memberi hadiah untuk menggembirakan hati pengantin baru dan meraikan hari bersejarah mereka sudah menjadi satu kebiasaan.

"Hadiah berkenaan mestilah bersifat memuliakan perkahwinan, bukan menghina dan menjatuhkan maruah pengantin, hukumnya adalah makruh jika perkara itu tidak menjatuhkan aib mana-mana pihak.

"Contohnya beri hadiah tidak sepatutnya dalam bentuk tertutup, hanya pasangan pengantin saja yang tahu, hukumnya makruh.

"Bagaimanapun ia akan menjadi berdosa dan haram kalau perbuatan seperti itu dilakukan di khalayak ramai sehingga menjatuhkan aib suami isteri, keluarga dan majlis perkahwinan itu sendiri," katanya.

Menurutnya, disebabkan itu, anak muda sekarang perlu berhati-hati kerana Rasulullah menjelaskan, Allah SWT sangat suka kepada orang yang menutup keaiban.

"Saya nasihatkan anak-anak muda supaya menjaga adab ketika menghadiri majlis perkahwinan, beri hadiah dan berseloroh.

"Saya khuatir perkara ini menjadi amalan tidak baik kepada anak muda, lebih-lebih lagi ia dipertonton secara meluas dalam media sosial yang terang-terangan memaparkan wajah pengantin," katanya.

Sebelum ini, tular video berdurasi dua minit 15 saat di TikTok memaparkan situasi di majlis perkahwinan di sebuah negeri di mana rakan pengantin memberikan hadiah tidak senonoh kepada pengantin.

Menerusi video itu, dapat dilihat rakan pengantin secara bergilir-gilir memberikan hadiah iaitu k0ndom kepada pengantin lelaki di atas pelamin ketika majlis.

Perkongsian itu meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen terkejut dengan tindakan rakan pengantin terbabit yang memberikan hadiah tidak sepatutnya.

Sumber artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top