Saya tak tahu pun aksi tepuk punggung itu salah, janji tak buat lagi, kata Kak KM

encik gotenks
0

PENAFIAN : GAMBAR SEKADAR HIASAN SEMATA-MATA

Baru-baru ini viral satu video yang memaparkan usahawan kontroversi, Kak KM bersama beberapa orang rakannya membuat video sambil menepuk punggung sesama mereka.

Video yang telah mendapat kecaman dari pelabagai pihak ini akhirnya telah menarik perhatian pihak SKMM yang telah memanggil usahawan itu untuk siasatan kerana dipercayai memuat naik kandungan jeIik.

Menerusi laporan dari mStar Online, Kak KM berkata dia memberi keterangan selama lebih kurang tiga jam dan dia memberikan kerjasama yang baik.

"Mereka datang ke rumah dan kemudiannya saya telah ke hadir memberi keterangan di pejabat SKMM pada hari sama.

"Pihak SKMM harus menjalankan siasatan selepas laporan dibuat berkaitan video tersebut.

"Mereka menjalankan tugas dan saya memberi kerjasama baik kepada sepanjang proses memberi keterangan," katanya ketika dihubungi mStar.

Sebelum itu, menerusi Instagram, Kak KM memuat naik video goyang punggung bersama rakan usahawan lain iaitu Datuk Seri Vida, Ifa Raziah, Cheta Pot Pet.

Tindakan empat selebriti itu mengundang rasa kurang senang segelintir netizen.

Dalam temu bual bersama mStar, Ifa Raziah berkata tindakan mereka itu sekadar hiburan dan gurauan bersama teman-teman.

Sementara itu, anak kepada dramatis Normah Damanhuri ini berkata dia akan lebih berhati-hati dalam sebarang perkongsian di media sosial selepas ini.

Malah, pertemuannya dengan SKMM juga sedikit sebanyak memberi pencerahan lebih jelas mengenai apa yang boleh dilakukan sebelum berkongsi sesuatu di laman sosial.

"Saya tak tahu video-video yang saya buat selama ini salah. Bila mendapat penjelasan jelas, maka selepas ini tidak ada lagi tindakan sebegitu.

"Saya juga akan lebih berhati-hati untuk memuat naik sebarang perkongsian di media sosial.

"Ramai yang tidak puas hati dengan video tersebut. Saya dengan rendah hati memohon maaf atas kesilapan yang telah berlaku," jelasnya.

Sumber artikel : mStar Online

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top