Saya tak tahu. Dia tidak beritahu walaupun saya ayahnya. Saya pergi hospital pun dia tidak beritahu, Dia hanya cakap sakit bahagian perut, kata Mohd Omar

encik gotenks
0

Jenazah Allahyarham penyanyi Adibah Noor, 52, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat, di sini, jam 11.30 pagi, hari ini.

Bapa Allahyarham, Mohd Omar Zainal Abidin, 89, ketika ditemui selepas selesai pengurusan jenazah berkata, dia tidak mengetahui anaknya menghidap penyakit kanser ovari tahap empat.

"Saya tak tahu. Dia tidak beritahu walaupun saya ayahnya. Saya pergi hospital pun dia tidak beritahu. Tapi kalau Tuhan nak ambil, Dia ambil juga.

"Itu anak saya nombor tiga. Dia seorang yang taat dan pemurah. Kalau orang lain nak kata dia kedekut, terpulanglah. Bagi saya dia okay, semuanya okay.

"Saya tiada apa nak cerita, tiada apa yang nak dipanjangkan. Mohon doakan yang baik-baik buat anak saya," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, Allahyarham juga bukan jenis yang suka menyusahkan walaupun ahli keluarga sendiri.

"Ramai tak tahu dia saakit. Saya pun lambat juga diberitahu. Anak-anak saya semua macam tu. Dia hanya cakap saakit bahagian perut.

"Dia masuk hospital pun dia tak cakap. Dia memang jenis tak nak menyusahkan orang," katanya.

Terdahulu, jenazah arwah dimandi dan disembahyangkan di Masjid Al-Ansar, Taman Keramat, di sini, sekitar jam 9 pagi.

Bapa arwah juga berkesempatan masuk ke bilik pengurusan jenazah untuk menatap wajah anaknya buat kali terakhir. Malah dia turut ke tanah perkuburan untuk mengebumikan anaknya dan memberikan penghormatan terakhir.

Selain itu kelihatan lebih 100 orang termasuk rakan artis dan penggiat seni hiburan tanah air hadir memberi penghormatan terakhir. Antaranya seperti Datuk Afdlin Shauki, Nikki Palikat, Suki, Remy Ishak, Nadiya Nissa, Ruzana Ibrahim, Liza Abdullah, Anuar Zain, Ziana Zain, Nadiya Nissa, Ruzana Ibrahim, Sharifah Amani, Saiful Apek, Linda Onn dan ramai lagi.

Adibah atau nama sebenarnya, Adibah Noor Mohd Omar menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles dipercayai akibat penyakiit kaanser ovari tahap empat, semalam.

Sumber artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top