Saya tak boleh nak tengok, saya tahu bukan dia walaupun muka sama, kata Shuib

encik gotenks
0

Kalau boleh saya mahu mengelak daripada berjumpa dengan dia (Emy Nur Faranizah)."

Demikian kata pelakon dan pelawak Shuib ketika ditanya mengenai 'kewujudan kembar' arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah dan kesudiannya berjumpa wanita itu.

Shuib, 38, atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad ketika dihubungi berkata memori dan 'keberadaan' Siti Sarah masih kuat dalam dirinya.

"Untuk melihat 'figure' Sarah sekarang ini saya tak sanggup. Sebab dia dah tak ada dan semestinya tak ada pengganti untuk dia. Untuk tengok depan mata saya tak sampai hati dan tak sanggup.

"Untuk anak-anak berjumpa dia (Emy) saya okay saja dan tak larang. Saya boleh bawa, tak ada masalah. Sebab Allah Maha Kaya, Maha Hebat. Saya selalu dengar kita ini ada tujuh kembar, muka sama kita dalam dunia ini. Satu kelebihan juga Allah nak bagi muka sama," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Shuib dia tidak kisah jika orang ramai menyamakan wajah wanita itu dengan Siti Sarah.

"Saya anggap ini biasa. Saya percaya setiap orang ada muka sama. Begitu juga dengan saya. Perkara sebegini memang dah ada dan tak ada isu pun. Kalau terjumpa ia satu rezeki.

"Kalau orang tanya saya nak jumpa saja-saja saya cakap tak sebab rindu saya dengan Sarah memang takkan pernah habis. Saya tak boleh nak tengok, saya tahu bukan dia walaupun muka sama. Terdahulu akhbar ini melaporkan bapa Siti Sarah, Raissuddin Hamzah menerima kejutan kehadiran 'kembar' arwah anaknya sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-66, pada Ahad lalu.

Kejutan itu dirancang isterinya, Siti Fatimah Suberi, 35, atau mesra disapa dengan panggilan Mak Der.

Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top