Puan Shira Ira tampil dedah kisah sebenar wanita viral marah anak dalam bas, rupa-rupanya dia tertekan suami masuk Iokap dan dihaIau mertua

encik gotenks
0

Baru-baru ini viral satu perkongsian di media sosial memaparkan seorang ibu yang memarahi anaknya sepanjang perjalanan dari Kota Bharu ke Temerloh. Video yang dimuat naik di TikTok itu menarik perhatian ramai netizen dan ibu tersebut ditegur seorang lelaki yang juga merupakan anggota polis. Tidak ingin melihat netizen yang tidak mengetahui punca sebenar kejadian tersebut, seorang pengguna facebook bernama Puan Shira Ira tampil berceritakan lebih terperinci selepas bersemuka dengan wanita itu.

Baru baru ni viral kisah perempuan pukuuI dan maaki anak dalam bas... Mcm mcm org kecam dia di comnt .. hakikat nya dia sedang tekanan dan stress... Dia jmpa kami mgkin Allah da atur utk bantu dia ..

Dia tido di bilik bajet depan hoshas ..mlm tu kebetulan ada jamuan di pizza temerloh.. adik adik kat situ bagi dia makanan .. keadaan dia dan ank2 sgt sedih.

Isnin pagi,seawal 8pg,ummi jmpa dia.. Rupenya dia di haIau mak mentua ,suami masuk lokap sb ambil brg(daadah) .. ank dua org dia bawak tu ank dia dgn suami lama .. katanya mak mntua tak suka anak2 dia ..

Kenapa datang temerloh?

Dah sgah kuantan cari kerja di kuantan .. tp xjmpa cari bilik. Smntara tu dia dan ank2 hnya tido di masjid...Katanya nk singgah je temerloh dan nak ke kuala lumpur di tmpt lama dia kerja sblum ni...tp kalau dpt kerja di temerloh. Dia nk stay temerloh je.. tp dgn keadaan ank ank dia agak ssh .. sbb masalah jgk dgn transport ..

umi hantar dia ke homestay kami utk semantara . Umi bg dia telekung suruh solat ,mandi dan umi nasihat dia.. masa ni kami tak tahu lagi kisah dia dah viral.,sedih tgk keadaan ank dia. Tghri kami dpt tgk video viral tu ..

tp tetap kena tolong umi kata..Umi nasihat dia ,jgn pukuI ank ,umi peluk ank2 dia .. dia kata Allah uji dia sbb dia lama tak solat ..😭😭 masa umi nk balik ank dia peluk umi. Tak bagi balik.. nk ikut umi ...ksian mcm kurang kasih syg

Isnin petang saya bawak dia g jkm . Alhamdullilah dpt lah sedikit bantuan.. bawak g makan mcd ,bawak beli baju .dlm kereta tu sy nasihat lgi kat dia. Jgn mncaarut kat ank2. Jgn pukuuI ank.. dia tnya sy mcm mana tahu sy pukuuI ank? Sy bgtau dia kisah akk pukuuI ank dlm bas dh viral .

Terkejut dia. Dia kata blh tak nk tgk . Sy tunjuk kat dia. Dia kata dia malu . Malu lah sy kak .. sy syg ank sy , tp sy tekanan kak keadaan mcm ni 🥺🥺🥺

Hari selasa pagi , dia call mintak hntr ke terminal .nk pergi kuala lumpur .. Dia pun dah smpai Kl ..

Jom sama sama kita doakn kesejahteraan dan keselamatan akk tu dan ank2 dia . Moga Allah permudahkan urusan dia..buat semua natizen cukuplah kecam dia .. kita xrasa dan xalami apa yg di rasa sekarang .. kita doa yg baik baik utk dia . ..

Perkongsian dari Puan Shira Ira telah menjadi viral dan sehingga artikel ini ditulis, perkongsian itu sudah mendapat lebih 1500 komen dan lebih 3700 pengguna media sosial telah berkongsikan info ini.

Selepas mengetahui kisah sebenar dan apa yang telah menimpa wanita malang itu, rata-rata netizen telah menzahirkan rasa simpati dan mendoakan agar wanita itu kekal tabah dan cekal menghadapi dugaan yang tidak disangka-sangka ini.

"Dia stress sbb yela kena haIau suami pulak masuk Iokap.. fikir macm mana nak hidup bagi makan anak2.. ya allah kesian sangt… smoga dipermudahkan urusan akk tu.. harap dia tabah" - netizen

Sumber Artikel : Facebook Shira Ira

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top